Browsing Tag

David Teo

Davide Teo tegur artis buka tudung
Berita Semasa,

Bila non-Muslim mula tegur penganut Islam yang lalai, apa pendirian kita?

Bila non-Muslim mula tegur penganut Islam yang lalai, apa pendirian kita?

TOPIK melibatkan seorang artis yang menanggalkan tudung masih hangat menjadi bualan warga maya terutama dalam kalangan industri seni sendiri.

Terkini, seorang pengarah dan penerbit terkenal, David Teo tampil memberikan pendapatnya mengenai isu penampilan baharu penyanyi Masya Masyitah yang mengejutkan netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, David menyatakan zaman sekarang ini ramai orang lebih mengejar pahala dunia dan bukannya pahala akhirat.

Walaupun iman kita berbolak balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan.

Baca Juga Buka tudung sebab tak nak hipokrit, matlamat tidak menghalalkan cara

Dalam pada itu, David juga mengajak pengikutnya untuk mendoakan agar Masya diberikan hidayah dan kembali ke jalan yang benar.

Perkongsian itu telah meraih perhatian warga netizen dan ada juga yang akui berasa malu apabila individu yang bukan beragama Islam menegur isu agama atas perkara sebegini.

Malah, ramai juga yang mendoakan agar penyanyi berusia 23 tahun itu kembali menutup aurat dengan sempurna seperti yang diamanahkan oleh agama.

Diharuskan menerima pandangan orang bukan Islam

PENGARAH dan penerbit terkenal, David Teo.

Melihat komentar yang dikongsi oleh David Teo, pasti ramai yang tertanya, adakah orang bukan Islam boleh menegur tentang perkara berkait agama Islam?

Merujuk Mufti Wilayah di laman Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-366: Hukum Menerima Pandangan Orang Bukan Islam, pada dasarnya setiap insan mempunyai hak untuk bersuara, berkata-kata serta hak untuk memberikan pendapat dan juga idea.

“Keadaan ini berbalik kepada kaedah fiqh iaitu: Asal bagi setiap insan dan perbuatannya ialah kebebasan dan juga keharusan.

“Namun, kebebasan dan juga keharusan ini tidaklah terpakai apabila wujudnya dalil ataupun hukum yang menyatakan pengharaman dan juga larangan ke atasnya.

“Ini juga berdasarkan kaedah Fiqh: Asal pada sesuatu perkara ialah harus selagi mana tiada dalil pengharaman ke atasnya.

“Maka, dengan menerima pandangan orang bukan Islam tidaklah dilarang mahupun diwajibkan, kerana tiada wujudnya nas yang jelas lagi shorih (jelas) terhadapnya.

PADA dasarnya setiap insan mempunyai hak untuk bersuara, berkata-kata serta hak untuk memberikan pendapat dan juga idea. – Foto: 123RF

“Rasulullah SAW juga pernah mencontohi orang bukan Islam dalam hal-hal yang bukan berkaitan akidah dan juga tidak bertentangan dengan agama.

“Contohnya, Nabi Muhammad ketika berbincang mengenai cara untuk menyeru orang ramai mengerjakan kefarduan solat dan menandakan sudah masuknya waktu solat, para sahabat berkongsi idea mereka dengan melihat kepada orang-orang bukan Islam bahawa mereka mempunyai cara tersendiri bagi mengajak orang yang mengikuti ajaran mereka untuk pergi beribadah dan Nabi Baginda tidak pula menghalang ataupun menolak idea mereka, bahkan Baginda menerima idea mereka supaya diadakan seruan bagi mengajak ke arah kebaikan (solat) tersebut namun dengan syarat tidak menyerupai ibadah Yahudi dan juga nasrani lantas wujudnya seruan azan yang dikumandangkan sehingga sekarang.

Turut Disyorkan Percaya syurga bukan hanya untuk orang Islam? Ustaz Kamilin tegur kenyataan tidak berasas itu

Baca Juga Niat ceraikan isteri kerana politik? Jangan sesuka hati jatuhkan talak walaupun untuk bergurau

Baca Juga Proses ‘awet mayat’ sebenarnya menyeksa jasad si mati

Melalui pencerahan di atas, dapatlah difahami bahawa tiadanya larangan ke atas orang Islam bagi mengambil idea ataupun pandangan orang bukan Islam selagimana ia tidak melibatkan ibadah mereka ataupun tidak pula bertentangan dengan akidah dan juga syariat Islam.