Browsing Tag

dajjal

fitnah Dajjal
Aqidah,

Fahamkah anda erti ‘terlindung dari fitnah Dajjal’, hadam dahulu penjelasan ini.

Fahamkah anda erti ‘terlindung dari fitnah Dajjal’, hadam dahulu penjelasan ini.

APABILA tibanya hari Jumaat, rata-rata daripada kita akan dipesan untuk melafazkan bacaan surah Al-Kahfi. Bahkan, ia diibaratkan seperti ‘bonus’ bagi sesiapa yang berupaya menghafal 10 ayat awal dan akhir surah tersebut.

Surahnya mungkin sedikit panjang bagi golongan bukan penghafaz al-Quran, namun terdapat pelbagai tip yang boleh diamalkan untuk memudahkan penghafalan Surah al-Kahfi seperti membahagikan bacaannya kepada jumlah waktu solat.

Namun, apa keistimewaan yang ada pada surah ini sehinggakan ia turut dijadikan amalan para salafussoleh?

Baca juga Kisah Qitmir, si anjing peneman pemuda-pemuda hebat Ashabul Kahfi

fitnah Dajjal

Baca juga Jangan tinggalkan al-Quran, setidaknya bacalah 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah setiap malam

Dikatakan, apabila membaca surah al-Kahfi apatah lagi menghafalnya, ia boleh membantu anda untuk terlindung daripada fitnah Dajjal.

Hal ini pernah disabdakan Rasulullah SAW, “Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al-Kahfi, maka ia akan terlindung dari Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim)

Bagaimanapun, apa yang dimaksudkan dengan terlindung dari fitnah Dajjal?

SEKURANG-kurangnya hafallah 10 ayat pertama dan terakhir Surah al-Kahfi jika tidak mampu mengingati keseluruhan surah. Foto: Unsplash

Turut disyorka Binatang pelik, boleh bercakap ini akan keluar dari perut bumi pada Hari Kiamat nanti

Maksud fitnah Dajjal

Pertama sekali kita perlu faham bahawa fitnah Dajjal adalah segala bentuk penipuan yang boleh membutakan mata kita dengan pesona yang menarik.

Diceritakan dalam beberapa hadis sahih menyebut bahawa Dajjal akan membawa kenikmatan yang boleh mengaburi mata manusia sedangkan ia hanyalah tipu daya. Inilah yang dinamakan sebagai fitnah.

fitnah Dajjal

PELBAGAI tipu daya yang akan dibawa oleh Dajjal untuk mengaburi manusia kelak. Foto: 123RF

Baca juga Bila padang pasir mulai subur, tanda kiamat semakin dekat? 

Nabi SAW bersabda: “Akulah yang paling mengetahui tentang Dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir, sungai yang pertama terlihat aliran air yang putih, sedangkan sungai kedua lagi terlihat aliran api yang berkocak. Oleh itu sesiapa yang berjumpa dengannya, hendaklah mendatangi sungai yang berupa api, lalu pejamkan matanya. Kemudian menunduk sambil meminumnya kerana sebenarnya ia adalah air yang terasa sejuk.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis itu menggambarkan antara tipu daya yang mampu dibawa oleh Dajjal. Tiada siapa yang terpedaya melainkan orang jahil yang sudah ditakdirkan mendapat kecelakaan.

Justeru, salah satu cara untuk menguatkan akidah dan iman agar terlindung dari fitnah Dajjal adalah dengan memperbanyakkan bacaan al-Kahfi kerana ia adalah salah satu bentuk perisai yang boleh melindungi kita.

Sumber: Tzkrh

Foto: 123RF & Unsplash

Dajjal
Ibadah,

Selamatkan diri dari Dajjal dengan menghafal 10 ayat terawal Surah al-Kahfi

Selamatkan diri dari Dajjal dengan menghafal 10 ayat terawal Surah al-Kahfi…

ANTARA tanda keimanan bagi seseorang Muslim adalah dengan mempercayai perkara ghaib. Perkara ghaib yang dimaksudkan bukan sekadar tentang makhluk halus seperti jin mahupun keadaan tidak mampu diubah misalnya qada’ dan qadar.

Bahkan, kita juga wajib mengimani segala perkara yang ALLAH SWT serta Nabi SAW katakan akan terjadi kelak. Hal ini termasuk kewujudan dajjal yang akan menjadi ujian buat manusia di akhir zaman.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: “Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajjal-para pendusta. Mereka akan datang kepada kalian dengan ucapan-ucapan yang tidak pernah kalian dengar. Bahkan ayah-ayah kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka. Mereka tidak akan menyesatkan kalian mahupun mendatangkan fitnah kepada kalian.” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Petanda akhir zaman dan kiamat, surutnya air Sungai Furat 

NABI SAW mengajarkan umatnya agar sentiasa berdoa supaya dilindungi daripada dajjal. Foto: Pexels

Baca juga Amalkan 5 cara ini untuk hindari fitnah akhir zaman

Amalan menghindari fitnah Dajjal

Oleh itu, Nabi sentiasa berpesan kepada kita semua supaya berdoa agar terlindung daripada fitnah Dajjal.

Sabda Nabi, “Apabila salah seorang di antara kalian bertasyahud, hendaklah ia meminta perlindungan kepada ALLAH dari empat perkara dengan mengucapkan;

(Allahumma inni a’udzu bika min ‘adzaabi jahannam, wa min ‘adzabil qobri, wa min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal)

Ertinya: Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih Ad-Dajjal).” (Hadis Riwayat Muslim)

Turut disyorkan 5 pesanan Malaikat Jibril kepada Nabi SAW yang wajib kita ambil tahu

Dajjal

AMALKAN ajaran baginda SAW sebagai persiapan melindungi diri dan keturunan kita daripada fitnah Dajjal pada masa hadapan. Foto: Unsplash

Baca juga Binatang pelik, boleh bercakap ini akan keluar dari perut bumi pada Hari Kiamat nanti

Selain itu, kita juga diajarkan Rasulullah SAW agar membaca serta menghafal 10 ayat terawal daripada Surah al-Kahfi.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hakikatnya, sudah ada banyak kekeliruan dan pendustaan yang berleluasa dalam kehidupan kita kini.

Apa yang menyedihkan adalah apabila ada segelintir masyarakat tidak menerima kebenaran disampaikan oleh para ilmuwan, bahkan mengambil ilmu daripada sumber yang salah.

Jika sekarang pun kita sudah mengalami kesukaran untuk menegakkan kebenaran, apatah lagi ketika datangnya Dajjal nanti.

Oleh itu, marilah kita amalkan ajaran baginda SAW sebagai persiapan melindungi diri dan keturunan kita pada masa akan datang.

Sumber: Tzkrh 

Foto: Pexels & Unsplash