Browsing Tag

claypot

gambar_tular
Berita Semasa,

Nasi ayam claypot viral, JAKIM sahkan tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan, premis nasi ayam claypot dekat Seri Petaling, yang tular di media sosial berkenaan status halalnya yang menjadi pertikaian netizen, bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

JAKIM dalam kenyataan di Facebook rasminya, berkata jabatan itu tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal terhadap makanan yang dijual di premis terbabit.

“Sehubungan dengan itu, pengguna Muslim dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.

Baca Juga Minuman Nutri Malt keluaran Carlsberg tidak layak mohon sijil halal

“Pastikan premis yang dipilih adalah pemegang sijil halal yang sah daripada JAKIM,” katanya menurut kenyataan itu.

Baru-baru ini tular sebuah video berkenaan status halal sebuah premis nasi ayam dalam periuk tanah (claypot) di Seri Petaling yang menggunakan wain beras (rice wine) dalam masakan.

JABATAN Agama Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan kedai nasi ayam claypot viral itu tiada status Halal. 

Dalam video tersebut, dikatakan bahawa pemilik restoran itu beragama Islam dan makanan yang disajikan tersebut halal.

Namun, ada akaun TikTok mendedahkan bahawa ketika dia mengunjungi restoran yang dimaksudkan sebelum viral, dia mendapati kedai tersebut ada menggunakan minyak bijan dan juga campuran ‘rice wine’.

Sudah ‘kantoi’ baru menggelabah

Menurut pengguna TikTok tersebut, restoran itu didakwa menyajikan makanan yang dicampur bahan tidak halal. Justeru isu ini meraih perhatian ramai, maka penjelasan daripada pemilik restoran berkenaan turut dinantikan.

Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen di TikTok berkenaan mengakui sebagai seorang Cina Muslim, dia mengesahkan bahan tambahan yang digunakan itu mengandungi alkohol dan tidak halal.

Menurutnya, perencah masakan yang digunakan itu adalah satu jenama ‘rice wine’ yang mengandungi 16% alkohol di dalamnya.

PERENCAH masakan yang digunakan itu adalah satu jenama ‘rice wine’ yang mengandungi 16% alkohol di dalamnya.

Lebih mengejutkan, selain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang berlaku, pihak restoran mengumumkan bahawa restoran mereka akan ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja penambahbaikan.

Berikutan penutupan itu, rata-rata warga maya mempersoalkan tindakan restoran itu yang disifatkan ingin ‘lari’ dari menjawab persoalan yang diketengahkan selain ada yang mendakwa ia ditutup selepas pecah tembelang menggunakan ‘rice wine’.

Artikel Berkaitan 

Umat Islam wajib berhati-hati terutama apabila melibatkan pemilihan makanan kerana ia merupakan sumber santapan harian.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di  https://www.halal.gov.my/v4/.  

Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.