Browsing Tag

ciri calon suami

ciri calon Islam
Isu,

Ustazah di Indonesia solat istikharah 7 kali sebelum kahwin jejaka Belgium, ini ciri calon suami terbaik menurut Islam

Ustazah di Indonesia solat istikharah 7 kali sebelum kahwin jejaka Belgium, ini ciri calon suami terbaik menurut Islam

KISAH seorang ustazah dari Lombok, Indonesia menjadi bualan hangat netizen selepas menikahi seorang pemuda warga Belgium, baru-baru ini.

Lapor portal Liputan6, video yang dikongsikan @lombokdokumen menerusi TikTok, mengisahkan kisah pertemuan ustazah bernama Mauni itu bersama suaminya, Jawad telah tular di negara jiran.

Difahamkan, pasangan berkenaan pertama kali berkomunikasi di aplikasi Muslimah.com pada Disember 2022 sebelum bertukar nombor untuk berkenalan lebih mendalam.

Perkenalan mereka menjadi serius apabila Jawad meluahkan perasaan kepada Mauni, namun ditolak wanita itu pada awalnya kerana belum yakin bahawa jejaka berkenaan adalah jodohnya.

Baca juga Amalkan ayat ini, mudah-mudahan ALLAH ketemukan jodoh terbaik buat kita

ciri calon Islam

Baca juga Usah mengeluh mencari pasangan hidup, ada ganjarannya walaupun akhirnya tiada jodoh

“Pada awalnya, saya tolak (cinta) dia sehinggakan dia menghantar mesej melalui suara menyatakan perasaannya kepada saya.

“Kata Jawad, dia sukakan saya kerana saya adalah perempuan yang solehah dan berpegang kepada al-Quran,” kata Mauni.

Tambahnya, Jawad memberitahu bahawa dia seakan-akan melihat cahaya dalam diri Mauni saat mereka bersemuka buat pertama kali melalui panggilan video.

Mauni melakukan solat istikharah sebanyak tujuh kali sebelum akhirnya menerima lamaran jejaka berkulit putih dan berkahwin di Lombok.

Baca juga Mas kahwin terbaik dari pandangan Islam, Ini yang bakal pengantin patut tahu

ciri calon Islam

ISLAM menyarankan kita melihat kepada empat perkara ketika mencari pasangan hidup iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama. Foto: 123RF

Baca juga ‘Kehilangan sebenar apabila seorang masuk syurga dan pasangannya pula ke neraka’

Ciri calon suami terbaik menurut Islam

Dalam hal mencari jodoh, Rasulullah SAW telah bersabda, “Seorang wanita dinikahi kerana empat (4) sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis berkenaan menganjurkan empat perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha mencari pasangan sesuai demi menjamin kebahagian rumah tangga, iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama.

Turut disyorkan Anda kuat cemburu, selalu periksa telefon pasangan kerana risau curang, hadam dulu pandangan Islam

Walaupun hadis itu menyentuh tentang wanita, namun ia juga boleh digunakan sebagai panduan untuk menentukan ciri lelaki sesuai dijadikan suami.

Sama seperti golongan Adam, kaum wanita juga berhak untuk memilih pasangannya. Sabda baginda SAW, “Apabila datang kepada kamu peminang yang engkau puas hati dengan agama dan kelakuannya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan, akan berlaku fitnah di atas muka bumi, dan kerosakan yang berpanjangan.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

PILIHLAH bakal suami yang elok demi kesejahteraan rumah tangga.

Baca juga Empat perkara sunat dilakukan selepas akad nikah

Justeru, bagi para wanita di luar sana, pilihlah bakal suami yang memenuhi ciri-ciri berikut sebagaimana disarankan agama:

1. Lelaki yang taat kepada ALLAH SWT dan Rasul.
Firman ALLAH, “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertakwa.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

2. Lelaki yang berakhlak baik.
Sabda Nabi SAW, “Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik terhadap isteri-isterinya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

3. Lelaki yang sekufu.
Menurut para fuqaha, yang dimaksudkan dengan sekufu atau al-Kafa’ah adalah setaraf dalam hal status sosial, keturunan, agama, pekerjaan dan sebagainya.

Firman ALLAH, “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…” (Surah an-Nur, ayat 26)

Baca juga Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

PASANGAN suami isteri yang saling mencintai atas rasa takwa kepada ALLAH SWT akan membawa keluarganya ke syurga. Foto: Pexels

Baca juga Elak beri hadiah walaupun tak berniat sambut Hari Kekasih

4. Lelaki yang menyenangkan jika dipandang.
Tidak dinafikan, faktor fizikal juga merupakan salah satu kriteria memilih calon pasangan. Wajah dan penampilan menarik mampu mewujudkan ketenteraman dalam hati, lantas menjadi tunjang keharmonian rumah tangga.

5. Lelaki yang mampu memberi nafkah.
Selain itu, carilah calon pasangan yang mampu memberi nafkah kerana dalam Islam, perkara itu sememangnya antara kewajipan lelaki bergelar suami. Kelemahan suami mentadbir dan menyara keluarga boleh menjadi punca pepecahan rumah tangga.

Apa yang penting, Islam menyarankan bahawa sebaik-baik pilihan calon pasangan adalah yang dibuat berdasarkan kepada faktor agama.

Suami dan isteri yang saling mencintai atas sebab takwa akan menghiasi kehidupan mereka dengan akhlak mulia dan keimanan kepada ALLAH. Justeru, mereka akan saling membawa pasangan dan keluarganya ke syurga.

Sumber: Liputan6

Foto: 123RF & Pexels

Ustazah di Indonesia solat istikharah 7 kali sebelum kahwin jejaka Belgium, ini ciri calon suami terbaik menurut Islam