Browsing Tag

ceramah agama

tarawih ceramah agama
Ibadah,

Antara tarawih dan ceramah agama, mana lebih patut diutamakan?

Antara tarawih dan ceramah agama, mana lebih patut diutamakan?

HADIRNYA bulan Ramadan seolah-olah memberi nafas baru kepada umat Islam yang berpusu-pusu mengerjakan pelbagai kebaikan.

Pada waktu inilah, para Muslim akan beramai-ramai ke masjid, segelintir juga memperbanyakkan infak, selain melazimi ayat-ayat suci ALLAH SWT sepanjang masa.

Tidak hairanlah kerana mengerjakan ibadah sunat dan apa jua kebaikan sekalipun di bulan mulia ini amatlah digalakkan kerana Ramadan merupakan bulan yang pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Baca juga Antara bertarawih di rumah dan masjid, mana satu paling terbaik untuk wanita?

tarawih ceramah agama

Baca juga Islam tidak benarkan memasang pembesar suara masjid dengan kuat di luar waktu solat

Dalam banyak-banyak amalan di bulan Ramadan, solat sunat tarawih sudah tentu menjadi antara tumpuan penting. Masjid akan mula meriah selepas Isyak kerana masing-masing bersedia untuk menunaikan ibadah sunat yang hanya ada pada bulan penuh keberkatan itu.

Namun, ada juga sesetengah masjid yang mengadakan ceramah sempena Ramadan pada waktu yang sama atau sebagai selingan di antara solat tarawih.

Jika diikutkan tarawih dan ceramah agama, kedua-duanya adalah amalan yang baik. Tetapi manakah yang lebih afdal dilakukan?

Turut disyorkan Kenalpasti dan waspada dengan lapan kategori pencuri di bulan Ramadan!

tarawih ceramah agama

SOLAT tarawih antara tumpuan utama ibadah sepanjang Ramadan. Foto: BERNAMA

Baca juga ‘Checklist’ Ramadan, jangan sia-siakan bulan mulia itu dengan perkara-perkara ini

Pihak Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa kedua-dua amalan ini tidak seharusnya dibanding-bandingkan kerana setiap perbuatan itu ada kelebihannya tersendiri.

Ketahuilah setiap amalan sunat sama ada membaca al-Quran, berzikir, solat sunat dan apa jua amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT pasti akan dihitung.

Ceramah agama juga adalah salah satu bentuk ibadat kerana menekankan proses menuntut ilmu yang nilainya tinggi di sisi ALLAH SWT.

Baca juga Makmum jangan sengaja lambat mengikut imam dalam solat berjemaah, ia boleh menyebabkan solat tidak sah

APA jua amal ibadah dan kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan pastinya akan dihitung oleh malaikat. Foto: Unsplash

Turut disyorkan Rugi tinggalkan solat sunat Isyak kerana ia lebih afdal dari solat tarawih.

Manakala solat sunat tarawih dianggap solat malam iaitu salah satu ibadah untuk membangunkan malam-malam di bulan Ramadan. Tempoh untuk melakukan solat tarawih pula panjang, boleh dilakukan selepas solat Isyak sehingga sebelum terbit fajar.

Justeru, tidak salah untuk pihak masjid mengadakan ceramah agama terlebih dahulu dan tidak salah juga para hadirin untuk hadir ke majlis ilmu ini. Solat tarawih boleh dilaksanakan selepas selesai ceramah tersebut.

Apalagi di bulan suci ini, kita sebagai umat Islam sememangnya digalakkan meningkatkan amalan untuk meraih imbalan penuh Ramadan.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Bernama, Google & Unsplash