SEBANYAK 28 daripada 55 masjid warisan berusia lebih 100 tahun di Melaka dikesan tersasar antara tiga hingga 18 darjah dari arah kiblat sebenar, dedah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) baru-baru ini.
Mufti Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan Jabatan Mufti Melaka (JMM) dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri yang dilakukan secara berperingkat sejak empat tahun lalu.
Menurutnya, arah kiblat semua masjid berkenaan bagaimanapun sudah diperbetulkan serta merta seperti diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka ketika pemeriksaan dibuat.
Baca juga Tabung Haji rangkul anugerah Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam
Turut disyorkan Maksiat peribadi dan maksiat terbuka, Dr Asri cadang perketatkan garis panduan.
Abdul Halim berkata lagi, antara 28 masjid yang sudah diperbetulkan arah kiblatnya termasuk Masjid al-Abrar Semabok, Masjid Kampung Hulu, Masjid Kampung Keling, Masjid Kampung Duyong dan Masjid Serkam.
“Kemungkinan penentuan arah kiblat (sebelum itu) dibuat secara tradisional berdasarkan cerapan matahari atau penentuan bayang
“Jadi inilah usaha kita untuk betulkan keadaan itu. Jawatankuasa Fatwa memutuskan mana-mana arah kiblat jika kadar terpesong di bawah tiga darjah adalah dimaafkan dengan alasan ia masih menghala ke Baitullah.
“Tetapi jika ia tersasar lebih daripada tiga darjah, kemungkinan menghala ke Afrika Utara dan sebagainya, ia perlu dibetulkan,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Arah Kiblat dan penarafan bintang di Semabok, Melaka semalam.
Baca juga Solat pandang Kaabah tanpa melihat tempat sujud, apa hukumnya?
Baca juga Amalan sunat berbaring sebentar selepas menunaikan solat sunat fajar
Cara menegur orang tersalah kiblat ketika solat
Menyentuh tentang pencarian arah kiblat, ada pelbagai aplikasi solat atau kompas digital yang telah
dibangunkan untuk kegunaan telefon pintar kini bagi memudahkan umat Islam dalam hal itu.
Pun begitu, bukan semua alat teknologi sempurna. Adakalanya masalah teknikal boleh menyebabkan perisian yang digunakan gagal menentukan arah kiblat sebetulnya.
Dalam keadaan anda terlihat orang bersolat tetapi pada arah kiblat yang salah, maka bagaimana caranya untuk menegur mereka?
Turut disyorkan Pakaian para sukarelawan banjir penuh lumpur, waktu solat pula kian tamat dan mereka perlu segera tunaikannya, sahkah solat mereka ?
Seperti yang digariskan pihak Mufti Wilayah Persekutuan, jika anda menyedari seseorang sedang menunaikan solat ketika menghadap arah kiblat yang salah, anda boleh menegur melalui perkataan dengan memberikan nasihat.
Selain itu, teguran juga boleh dilakukan dengan perbuatan iaitu dengan mengalihkan badan orang yang sedang solat tersebut ke arah kiblat yang betul.
Namun, sebelum menegur, pastikan kiblat yang anda tahu itu diyakini kiblat yang sebenar dan bukan sekadar ijtihad.
Tersedar salah kiblat ketika solat
Bagaimana pula jika anda sendiri sedang solat dan tersalah kiblat?
Sekiranya ketika solat, anda tersedar bahawa anda tersalah kiblat, atau anda pula mendengar orang lain menegur, maka di sini ada dua pendapat di sisi Mazhab Syafie.
Pertama, anda perlu memulakan semula solat ke arah ijtihad (arah kiblat) yang baru.
Kedua, anda tidak perlu memulakan semula solat. Sebaliknya cukup hanya memalingkan badan ke arah ijtihad kiblat yang baru dan meneruskan solat seperti biasa.
Kesimpulannya, tidak ada masalah untuk bergerak menukar arah kiblat walaupun sedang solat. Tetapi, berhati-hati supaya tidak bergerak terlalu banyak sehingga membatalkan ibadah tersebut.
Turut disyorkan Telinga berdengung tanda Rasulullah rindu, benarkah begitu?
Sumber: Tzkrh & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Foto: Pexels & Unsplash