Browsing Tag

buka puasa

berbuka ketika musafir
Hukum,

Dibolehkan berbuka ketika musafir, tapi kalau berpuasa lebih afdal

Dibolehkan berbuka ketika musafir, tapi kalau berpuasa lebih afdal

HARI raya yang bakal menjengah dalam beberapa hari lagi memberi peluang kepada kita bersama-sama berkumpul dengan adik beradik dan saudara mara merapatkan ukhuwah.

Maka, tidak hairanlah dua tiga hari mendatang ini, lebuh raya bakal sesak penuh dengan kenderaan. Rata-rata umat Islam sudah pun meninggalkan kediaman menuju ke kampung halaman untuk sama-sama merayakan 1 Syawal bersama keluarga tercinta.

Bagi musafir yang terpaksa meniti perjalanan melebihi 85 kilometer, ada beberapa rukhsah atau keringanan yang diberikan agama, antaranya solat jamak dan qasar serta kebenaran untuk berbuka puasa.

Baca juga Bercuti atau balik kampung, jangan lupa sunnah Rasulullah SAW ini ketika bermusafir.

Baca juga Solat tak boleh ditinggal walau sakit, ini cara berwuduk pada luka berbalut

Keringanan itu berdalilkan firman ALLAH SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 185 iaitu: “Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.

Ayat tersebut mengatakan, seseorang yang sedang bermusafir boleh berbuka puasa sekiranya dia dalam keadaan berpuasa, namun puasa yang ditinggalkan itu harus diganti pada hari lain.

Selain itu, ada juga beberapa syarat lain yang perlu perhatikan jika anda ingin berbuka puasa kerana bermusafir.

Turut disyorkan Perlukah qada puasa jika waswas dengan ibadah yang dilakukan pada Ramadan lalu? Hadamkan penjelasan ini

musafir berpuasa

SEBAIK-baiknya berpuasalah selagi permusafiran itu tidak menyusahkan anda. Foto: Unsplash

Baca juga Meninggal dunia di bulan Ramadan akan terlepas azab kubur, benarkah?

Berpuasa lebih afdal
Memetik portal pihak Mufti Wilayah Persekutuan, orang yang bermusafir dalam bulan Ramadan diberi pilihan sama ada untuk berpuasa atau berbuka. Ini berdasarkan hadis Aisyah bahawa Hamzah bin Amr al-Aslami bertanya kepada Rasulullah SAW:

Adakah aku boleh berpuasa ketika musafir? dan beliau (Hamzah bin Amir) seorang yang sering berpuasa. Maka Rasulullah SAW bersabda: Berpuasalah jika engkau mahu berpuasa dan jika engkau mahu engkau boleh berbuka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kata pihak Mufti, walaupun dibenarkan berbuka puasa tetapi sebaik-baiknya ibadah itu diteruskan jika permusafiran tersebut tidak menyusahkannya.

Ini berdalilkan hadis Anas RA yang berkata kepada orang yang bermusafir: “Jika engkau berbuka maka itu adalah rukhsah daripada ALLAH, dan jika engkau berpuasa maka itu lebih afdal.” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra)

Turut disyorkan “Asyik-asyik balik kampung awak saja…”, ketahui pandangan agama tentang ‘perang’ pulang beraya

ORANG yang bermusafir di bulan Ramadan diberikan pilihan sama ada berpuasa atau tidak berpuasa. Foto: Pexels

Baca juga Jangan terus makan ketika berbuka puasa, sebaliknya amalkan doa terbaik sewaktu iftar

Syarat-syarat berbuka puasa semasa bermusafir
Jelas laman web itu, antara syarat berbuka puasa ketika bermusafir adalah perjalanan tersebut dilakukan atas sebab yang mubah atau harus, dan bukannya untuk tujuan maksiat mahupun membantu perbuatan maksiat.

Di samping itu, permusafiran tersebut hendaklah berlaku atau dimulakan sebelum terbitnya fajar sadiq. Sekiranya seseorang itu telah berpuasa dalam keadaan bermukim, kemudian memulakan musafir setelah terbitnya fajar sadiq, maka haram baginya berbuka kecuali dalam keadaan darurat.

Asalkan menepati syarat-syarat itu, jika seorang yang musafir itu berpuasa, kemudian dia ingin berbuka, dia boleh melakukannya kerana rukhsah itu sememangnya diberikan kepadanya.

Turut disyorkan ‘Tidur orang berpuasa adalah ibadah’, hadis popular ketika Ramadan tetapi tidak sahih

berpuasa musafir

BAYANGKAN Rasulullah SAW pernah berperang sambil berpuasa. Foto: 123RF

Baca juga [Video] Benarkah orang tua tak boleh puasa cukup sekadar bayar fidyah saja?

Sifat puasa Nabi SAW ketika musafir
Direkodkan juga di dalam kitab-kitab hadis akan sifat puasa Nabi SAW. Antaranya:

1. Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia berkata:

Maksudnya: “Kami keluar bersama Nabi SAW dalam salah satu permusafiran baginda, pada suatu hari yang panas, sehingga seorang lelaki meletakkan tangan atas kepalanya dek terlalu panas. Dalam kalangan kami tidak ada seorang pun yang berpuasa melainkan Nabi SAW dan Ibn Rawahah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata:

Kami berperang bersama Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan. Sebahagian kami berpuasa dan sebahagian lain berbuka. Orang yang berpuasa tidak melihat keburukan dengan orang yang berbuka, dan tidak pula yang berbuka memandang buruk orang yang berpuasa. Mereka berpandangan siapa yang ada kekuatan silakan berpuasa, dan itu adalah kebaikan. Dan mereka juga berpandangan siapa yang berasa lemah kemudian berbuka dan itu juga kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim)

3. Daripada Ibnu Abbas RA, berkata:

Rasulullah SAW keluar daripada Mekah ke Madinah (ketika peristiwa Fath Makkah) dengan keadaan berpuasa (Ramadhan) sehingga sampai ke kawasan `Usfan. Kemudian baginda meminta air lalu dibawakan air ke hadapan baginda sehingga dapat dilihat oleh orang ramai, lalu baginda berbuka puasa sehingga baginda sampai ke Mekah. Ini berlaku dalam bulan Ramadhan.” Ibn Abbas berkata lagi: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berpuasa dan juga berbuka. Barangsiapa yang mahu maka dia berbuka, dan barangsiapa yang mahu dia berbuka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: 123RF, Pexels & Unsplash