Browsing Tag

budaya Melayu

kenduri haji
Istimewa Panggilan Baitullah,

Bersederhana ketika melakukan kenduri haji kerana ia hanya sunat

Bersederhana ketika melakukan kenduri haji kerana ia hanya sunat

SUDAH menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu, jika seseorang itu menjadi tetamu ALLAH untuk mengerjakan haji di Tanah Suci, mereka akan mengadakan acara makan-makan yang mengundang kerabat, teman serta tetangga.

Tujuannya, untuk menghebahkan bahawa mereka terpilih menunaikan rukun Islam kelima selain mahu didoakan agar mendapat kesempurnaan ibadah dalam usaha memperoleh haji yang mabrur nanti.

Namun begitu, bekas Pengurus Kanan Kesihatan Lembaga Tabung Haji (TH), Dr Muhamad Kairul Aneeza Zakaria mengingatkan orang ramai, terutamanya bagi bakal jemaah haji, agar bersederhana ketika mengadakan sebarang kenduri atas faktor kesihatan.

Baca juga Jemaah haji fokus 4 amalan ini sebelum berangkat ke Mekah

Turut disyorkan 15 rahsia keajaiban Kaabah yang perlu diketahui

kenduri haji

Jelasnya kepada Astro Awani, hal itu kerana mengadakan sebarang jamuan sebelum berangkat ke Tanah Suci boleh mengundang keletihan dan kelesuan dalam kalangan jemaah haji Malaysia.

“Kita dalam budaya Melayu khususnya, gemar membuat persediaan, kenduri, makan-makan dan sebagainya sebelum berangkat. Melayan tetamu, membuat persediaan kenduri lazimnya menuntut tenaga dan boleh meletihkan fizikal,” katanya ketika ditemui di majlis Sembang Santai Isu Haji di Surau At-Taqwa Damai Murni, Cheras.

Titip Dr Muhamad Kairul Aneeza, jemaah sepatutnya menyimpan tenaga untuk digunakan nanti kerana walaupun kesihatan bakal haji adalah baik sebelum ke Tanah Suci, tetapi keadaan itu mungkin berubah apabila mereka berada di sana.

Baca juga Buat korban 7 kali pahala macam naik haji, betul ke?

Turut disyorkan Makmum jangan sengaja lambat mengikut imam dalam solat berjemaah, ia boleh menyebabkan solat tidak sah

kenduri Haji

KENDURI haji turut membuka peluang untuk kita menyantuni serta mengeratkan silaturahim bersama kaum kerabat dan sahabat handai. Foto: 123RF

Kenduri haji hanya sunat, bukan sunnah

Memetik artikel dari Addeen.my, tiada hadis khusus menceritakan Rasulullah SAW menganjurkan sebarang kenduri untuk menunaikan haji di Tanah Suci. Begitu juga tiada sahabat yang melakukannya.

Pun begitu, portal itu menjelaskan, ia tidak bermakna kenduri haji tidak boleh dilaksanakan. Sebaliknya, majlis itu boleh dianjurkan sebagai tanda kesyukuran.

Tambahan, majlis kenduri haji boleh dijadikan peluang buat saudara-mara dan sahabat handai bertemu mata. Pada waktu itu, bakal jemaah haji digalakkan meminta maaf di samping memohon agar dititipkan doa untuk kesejahteraan mereka di Tanah Suci.

Baca juga Antara korban satu bahagian lembu dengan seekor kambing, mana lebih afdal?

Turut disyorkan LIMA amalan yang nilainya seperti menunaikan haji

IMAM al-Ghazali pernah menyarankan untuk bersederhana dalam perkara yang dilakukan agar dapat meraih pahala haji mabrur. Foto: Canva

Baca juga Boleh ke buat kenduri kahwin dan jamu tetamu makan daging korban?  

Firman ALLAH: “Adapun nikmat TUHAN-mu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-NYA.” (Surah ad-Duha, ayat 11)

Maka, kenduri haji yang dilakukan dengan ikhlas sebenarnya ada kebaikan tersendiri.

Yang jadi masalah adalah apabila kenduri mula menjadi sebagai adat yang mesti dilakukan. Jika dilakukan, diri terseksa namun sekiranya tidak dilakukan, orang mengata pula.

Dalam hal begitu, kembalilah kepada tujuan sebenar kenduri haji itu dibuat. Hakikatnya, tiada guna melakukan amal kebaikan tanpa keikhlasan.

Sumber: Astro Awani & Addeen.my

Foto: Canva