Browsing Tag

berusia

kahwin wanita berusia
Berita Semasa, Hukum,

Tiada masalah kahwin wanita lebih berusia, yang penting utamakan agama

Tiada masalah kahwin wanita lebih berusia, yang penting utamakan agama

ISLAM tidak pernah menegah seorang lelaki untuk bernikah dengan wanita yang lebih tua daripada mereka dan begitu juga sebaliknya.

Maka, tiada sebab untuk masyarakat mempertikaikan kisah pasangan suami isteri yang tular gara-gara memiliki jarak usia yang besar walhal perkara itu tidak menjadi masalah di sisi agama.

Sebagaimana yang diuar-uarkan di media sosial, pasangan merpati dua sejoli itu mempunyai jarak usia yang ketara dengan si suami berusia 28 tahun dan isterinya pula berumur 62 tahun.

Meskipun mempunyai jarak usia 35 tahun, namun kedua-dua suami isteri hidup bahagia dan selesa berkongsi kisah mereka secara terbuka.

Baca juga ‘Kehilangan sebenar apabila seorang masuk syurga dan pasangannya pula ke neraka’

Turut disyorkan Suami isteri bergurau pasal cerai? Awasi 3 perkara ini tak boleh ‘buat main’ dalam rumah tangga

kahwin wanita berusia

ISLAM tidak menghalang umatnya mengahwini pasangan yang mempunyai jarak usia besar. Foto: 123RF

Di dalam sebuah ceramah, pendakwah terkemuka Ustaz Azhar Idrus pernah menyentuh tentang perbezaan umur antara suami isteri. Beliau berkata, sekiranya kedua-dua pihak saling menyukai, tidak kira berapa pun usia pasangan maka perkara tersebut tidak mempunyai masalah. Apalagi jika wanita itu memiliki kedudukan agama yang baik.

Malah, menurutnya, agama sepatutnya menjadi kayu pengukur dalam memilih wanita yang sesuai untuk dikahwini.

“Jika kita suka dia dan dia suka kita, tidak ada masalah (untuk berkahwin). Kalau kamu suka dia, dia baik untukmu dan beragama, maka silakan. Lebih baik daripada muda tetapi tidak beragama,” jelasnya di salah satu video ceramah beliau di saluran YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN

USTAZ AZHAR IDRUS

Baca juga Ustazah di Indonesia solat istikharah 7 kali sebelum kahwin jejaka Belgium, ini ciri calon suami terbaik menurut Islam

Ujar Azhar, perkara tersebut disarankan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri berdasarkan hadis,

Seorang wanita dinikahi kerana empat (4) sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pendakwah terkenal itu menjelaskan, walaupun tidak diwajibkan, namun hadis itu menggambarkan empat perkara yang boleh dijadikan panduan untuk mencari pasangan hidup yang sesuai.

Turut disyorkan Selain wang tunai atau barang kemas, bolehkah mas kahwin diberikan dalam bentuk lain?

kahwin wanita berusia

UTAMAKAN agama ketika melaksanakan apa jua urusan dalam kehidupan seharian kita. Foto: 123RF

Baca juga Lakukan amalan ini bersama, rahsia suami isteri bina ‘rumah’ di syurga

Pun begitu, antara keempat-empat sebab tersebut, Ustaz Azhar mengingatkan bahawa agama seharusnya didahulukan ketika mencari pasangan.

“Harta boleh hilang dan keturunan tidak kekal. Yang membawa kita ke syurga adalah agama, iman,” ucap beliau.

Titip Azhar, usah hiraukan kata-kata orang kerana Islam tidak menghalang pernikahan dengan jarak usia berbeza asalkan kedua-dua pasangan saling menyukai dan mempunyai personaliti yang baik.

“Tidak kisah dia tua tujuh tahun mahupun 20 tahun jika dia hormat kita, ibu bapa kita maka tiada masalah. Jangan dengar cakap orang lain sebab semua benda mereka sahaja yang betul,” nasihatnya.

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus

Foto: 123RF

Tiada masalah kahwin wanita lebih berusia, yang penting utamakan agama