Browsing Tag

berburu

haiwan buruan
Hukum,

Perburuan dibenarkan Islam tetapi ada syaratnya, ini perincian haiwan buruan boleh dimakan umat Islam

Perburuan dibenarkan Islam tetapi ada syaratnya, ini perincian haiwan buruan boleh dimakan umat Islam…

HARI hidupan liar sedunia yang disambut pada 3 Mac lalu sebagai hari kesedaran antarabangsa untuk merai dan melindungi haiwan serta tumbuhan liar di habitat semula jadi, menjadi peringatan kepada umat Islam terhadap tanggungjawab yang perlu dipikul sepanjang berada di atas muka bumi.

Sebagai khalifah di dunia, tanggungjawab manusia bukan sekadar mematuhi dan menyebar syariat ALLAH, bahkan Islam mengingatkan kita memelihara serta berbuat ihsan terhadap makhluk yang lain seperti tumbuhan dan haiwan.

Pun begitu, Islam tidak menghalang perbuatan memburu haiwan liar atas tujuan keselamatan atau kelangsungan hidup kerana segala ciptaan-NYA di bumi ini diwujudkan bersebab, contohnya haiwan dan tumbuhan tertentu dapat membekalkan keperluan hidup.

Firman ALLAH SWT: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Baca juga Ratah seafood dan daging mentah, halal ke?

haiwan buruan

Namun dengan syarat, perburuan itu tidak dilakukan atas dasar mengaut untung semata-mata, apalagi dibuat secara rakus dan melanggar undang-undang negara sehingga membawa kepada kepupusan flora dan fauna yang sedia ada.

Ketahuilah, pada tahun 2015, Majlis Fatwa Negeri Terengganu pernah mengisytiharkan hukumnya haram bagi umat Islam melakukan aktiviti pemburuan haram binatang berdasarkan ajaran agama untuk melindungi alam sekitar.

Baca juga Usah kejar keuntungan hingga abaikan kelestarian alam

haiwan buruan

GARA-gara tangan manusia, habis musnah flora dan fauna ciptaan indah ALLAH SWT di atas muka bumi. Foto: Pexels

Baca juga Haram Makan Daging Korban Kerana Kasihan Pada Haiwan Yang Disembelih?

Perburuan yang halal
Dari segi jenis binatang yang boleh diburu dalam Islam, portal Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) menjelaskan, hampir semua haiwan dibolehkan.

Walau bagaimanapun, kita ditegah daripada memburu binatang yang tidak halal dimakan serta haiwan yang tidak membawa kemudaratan.

Tambah laman web itu, perburuan yang bertujuan sekadar untuk bermain-main dengan cara membunuh atau mencederakan haiwan, sama ada ia halal mahupun haram dimakan, turut tidak dibenarkan sama sekali.

Selain itu, orang yang berada dalam ihram ketika mengerjakan ibadah umrah atau haji diharamkan memburu haiwan darat yang boleh dimakan.

Turut disyorkan Kenali Makanan Super Yang Disebut Dalam Al-Quran Dan Hadis

HAIWAN buruan boleh dimakan sekiranya ia diburu dan mati dalam cara yang digariskan Islam. Foto: Pexels

Turut disyorkan Jika hidup sekadar untuk makan dan minum, apa bezanya manusia dan haiwan. Ketahui dua tujuan utama manusia diciptakan

Bolehkah makan haiwan buruan?
Menurut sebuah artikel Jabatan Mufti Negeri Terengganu, binatang buruan daripada jenis halal boleh dimakan jika ia mati diburu menggunakan alat pemburuan seperti panah, anjing buruan dan sebagainya.

Tetapi pihaknya berpendapat haiwan yang mati ditembak menggunakan senapang adalah tidak halal dimakan kerana peluru yang ada masa kini tidak cukup tajam mengikut syarat mazhab Syafie.

Tetapi pandangan berbeza dikeluarkan oleh pihak Mufti Wilayah Persekutuan yang mengatakan hukum memburu binatang menggunakan senapang adalah harus. Baginya, senapang boleh disamakan kepada benda yang tajam seperti panah dan sebagainya.

Pihaknya bagaimanapun menjelaskan bahawa binatang yang mati ditembak itu perlu diambil dengan segera kerana buruan tersebut dianggap sembelihan dararut, namun tetap halal dimakan.

Sumber: Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT), Jabatan Mufti Negeri Terengganu & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Foto: Pexels