Browsing Tag

bayi keguguran

Keguguran
Soal Jawab Agama,

[Video] Perlukah solat jenazah untuk bayi yang keguguran?

BAGI bayi yang keguguran dalam kandungan ibu, bukan semua situasi memerlukan solat jenazah dilakukan.

Sebenarnya terdapat empat kategori dalam situasi itu yang perlu kita teliti sebelum apa-apa tindakan pengurusan jenazah diambil.

Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Universiti Teknologi Mara Cawangan Selangor, Ustazah Noor Rashidah A Rahman menyenaraikan situasi untuk kita memahaminya dengan mudah.

Jika kandungan yang gugur diketahui hayatnya seperti keluar suara, menangis dan kemudian meninggal dunia, beliau menjelaskan, hukumnya sama seperti kematian orang dewasa iaitu wajib dimandi, dikafan dan disolatkan serta dikebumikan.

USTAZAH NOOR RASHIDAH

“Bagi ketegori kedua, andai janin yang gugur itu bergerak-gerak atau menggigil menunjukkan tanda hidup, tetapi tidak mengeluarkan suara, maka diambil kira kemungkinan wujudnya dia hidup. Dalam kes itu, perlu dimandi, disolat dan dikebumikan.

Baca juga Besarnya ganjaran pahala solat jenazah

“Kategori seterusnya pula jika janin itu gugur, tetapi pada zahirnya tiada tanda-tanda hidup sama ada dia lahir tidak cukup bulan ataupun pada zahirnya tiada rupa bentuk insan ataupun lahir cukup empat bulan dan ada rupa bentuk insan, tetapi tidak bergerak serta tidak mengeluarkan suara (tidak wujud hayatnya), maka tidak boleh disolatkan. Ia wajib dimandi, dikafan dan dikebumikan,” terangnya panjang lebar ketika menjawab persoalan warganet dalam segmen Soal Jawab Agama Sinar Islam Plus.

Dalam satu lagi keadaan, ujar Ustazah Noor Rashidah, ia melibatkan keguguran yang mengeluarkan seketul daging.

“Untuk kes seperti ini, tidak tsabit hukum kelahiran biasa. Maka tidak perlu dimandi, dikafan mahupun disolatkan. Keutamaan hanya untuk ditutup sahaja,” ungkapnya.

Makmum
Video,

[Video] Perlu ke solat jenazah untuk bayi keguguran?

Perlu ke solat jenazah untuk bayi keguguran?

Tiada siapa mahu alami keguguran, apatah lagi tatkala pasangan suami isteri sedang bergembira menantikan detik kehadiran orang baharu.

Namun, segalanya berlaku atas kehendak ALLAH. Meskipun dihambat rasa sedih, jangan pula kita membiarkan janin yang pernah ‘tumbuh’ dalam rahim seorang wanita begitu sahaja.

Perlukah janin yang gugur tadi disolatkan? Bersama Ustazah Noor Rashidah A. Rahman merungkai jawapannya dalam slot Soal Jawab Agama.