Browsing Tag

Banyakkan istighfar

Rejab
Berita Semasa,

Banyakkan istighfar, formula bina legasi hingga ke akhirat

UMAT Islam perlu banyakkan istighfar untuk membina kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Demikian formula yang didedahkan oleh Pengasas Modul program Build Your Leadership (BYI) KPI, Fazrul Ismail menerusi pada acara yang dianjurkan oleh Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd bersama 121 peserta di Melaka, penghujung bulan lalu.

Ujar Fazrul, selain daripada beristighfar, formula cemerlang adalah dengan banyakkan bersujud dan memohon keampunanan kepada ALLAH.

Baca juga Banyak rupanya kelebihan istighfar yang ramai tak sedar…

“Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apabila ia berlaku, segeralah bertaubat,” jelasnya ketika berkongsi ilmu pada program berkenaan.

Program BYL antara lain memberi pendedahan ke arah pembentukan karakter diri sebagai pemimpin berpandukan al-Quran dan sunnah. Ia penting bagi memahami konsep sebenar kejayaan di dunia dan akhirat, serta menjadikan pekerjaan sebagai nilai ibadah.

Pengisian program dibawakan Fazrul bersama dua Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas, Ustaz Harfiz Hamzah dan Coach Jamil Wahab.

Banyakkan istighfar

PESERTA BYL KPI berkampung di Hotel Muzaffar Shah, Melaka untuk membina ilmu bina legasi hingga ke syurga.

Dalam pada itu, Fazrul menekankan empat jenis hutang yang perlu diselesaikan iaitu hutang fizikal seperti rumah, kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit; hutang intelektual – kerjaya, pendidikan dan perniagaan; hutang keluarga – ibu bapa, pasangan, keluarga; dan hutang sosial- jiran, komuniti dan organisasi.

“Kita perlu berusaha cepatkan bayaran hutang agar tidak terbeban apabila bertemu ALLAH.

Baca juga Mahu bebas dibelenggu hutang? Amalkan doa ini

“Jika terlalu fokus kepada hutang fizikal, didikan keluarga boleh terabai. Surah al-Baqarah, ayat 1 hingga 5 memberi panduan untuk mencapai takwa. Antara ciri orang cemerlang adalah ihsan (membuat yang terbaik) dan mereka dipanggil Muhsinin,“ tambah beliau.

Majlis ilmu itu turut merungkai tentang orang yang bakal mewarisi syurga tertinggi dan kekal di dalamnya.

Bina hubungan dengan ALLAH

Coach Jamil menyatakan, Surah al-Fatihah memberi inspirasi kepada Muslim untuk membina hubungan dengan ALLAH agar dipermudahkan segala urusan dan memohon jalan yang lurus.

“ALLAH tidak pernah mengecewakan kita. Jika buntu, ingatlah ALLAH dan mohonlah bantuan serta hidayah-NYA,“ ungkapnya.

Seterusnya, Coach Jamil mengajak peserta untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal seterusnya sebarkan kepada orang lain.

“Dalam mendekati al-Quran, kita sentiasa menambah baik bacaan termasuk tajwid, makhraj, taranum, tafsir mahupun tadabbur. Ia menjadi proses pembelajaran al-Quran sepanjang hayat agar kita mendapat pahala yang berterusan.

Banyakkan istighfar

BERDAMPINGLAH dengan al-Quran kerana banyak kelebihan jika kita berbuat demikian.

“Dalam membina legasi, ia bermula daripada sekecil-kecil perbuatan. Tukarkan perkataan ‘sepatutnya orang lain’ kepada ‘sepatutnya kita’. Dalam menyampaikan mesej ALLAH, gunakan pendekatan yang mudah difahami orang awam.

“Celikkan hati dan mata, kenapa perlu ada legasi, terutamanya dalam melangsaikan hutang,“ katanya.

Hidupkan hati dengan takwa

Sementara itu, Ustaz Harfiz memberi panduan enam elemen hati hidup berpandukan Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5 iaitu jadikan al-Quran sebagai panduan kehidupan (Q); mendirikan solat dengan sempurna (S) ; menginfakkan rezeki ALLAH (I); beriman dengan kandungan al-Quran dan kitab sebelumnya (U); dan yakin dengan hari akhirat (A).

“Untuk hidupkan hati dengan takwa, pastikan kita melakukan QSI GUA dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi orang bertakwa. Apa jua masalah, kembali kepada al-Quran sebagai solusi.

Baca juga Bukan saja kena bersih daripada kekotoran, tetapi hati juga kena bersih. Itu cerminan orang bertakwa

“Bersabar dengan cara berserah diri kepada ALLAH serta berbaik sangka kepada-NYA. Banyakkan berdoa kerana ia dimakbulkan sebagaimana disebut dalam Surah Ghafir ayat 60,“

Ustaz Harfiz turut menitipkan doa yang boleh diamal oleh umat Islam seperti yang dirakam di dalam surah al-Baqarah, ayat 201, yang bermaksud: “Ya ALLAH kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab api neraka.“

Untuk maklumat lanjut program Akademi Sinergi Ikhlas, layari Facebook Akademi Sinergi atau hubungi 013 9646618.

***Artikel ditulis oleh Fouziah Amir daripada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas