Browsing Tag

Banyak makan

Banyak makan
Gaya Hidup,

Awas umat Islam, banyak makan dan kuat tidur antara 5 perosak hati

Awas umat Islam, banyak makan dan kuat tidur antara 5 perosak hati

BANYAK makan dan kuat tidur. Boleh dikatakan kedua-dua perkara tersebut menjadi tabiat hampir kebanyakan orang.

Lebih-lebih lagi jika tidak bekerja atau tiada perkara mendesak untuk dilakukan.

Bagaimanapun, bukan semua tindak-tanduk yang kita suka itu sebenarnya bagus untuk diri. Terdapat sesuatu yang difikirkan bermanfaat kepada kita sebenarnya langsung tidak baik rupanya.

Misalnya, banyak makan dan kuat tidur itu sebenarnya tergolong sebagai antara lima perkara yang boleh merosakkan hati.

Ia bukan omongan kosong semata-mata kerana fakta itu dikemukakan oleh tokoh ilmuan Islam terkemuka, Imam Ibn al-Qayyim dalam kitabnya, Madarij as-Salikin.

Ia sebagaimana dipetik menerusi laman sosial Facebook Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan laman web islampos.com.

Berikut perincian tentang perkara yang boleh merosakkan hati:

1. Terlalu banyak bergaul (baik dan buruk).

Banyak makan

BERGAULLAH dengan orang yang boleh melorongkan kita kepada kebaikan. -Foto: 123rf

Tidak dinafikan dalam kehidupan bermasyarakat, peri pentingnya untuk bersosial. Bagaimanapun, kita perlu bijak dalam pergaulan iaitu yang boleh membawa kita ke arah kebaikan, mendapat cinta dan keredaan ALLAH.

Andai tersilap langkah, buruk padahnya. Bahkan, boleh memicu kemusahan kepada seseorang.

2. Banyak makan.

Baca juga Kawal Nafsu Ketika Makan, Bersantap Berlebih-lebihan Ibarat Orang Kafir Makan Dengan 7 Perut!

Barangkali ramai yang tertanya-tanya tentang perkaitannya dengan kerosakan hati. Secara umumnya, ia boleh jadi sedemikian kerana dua sebab kerosakan akibat zat atau bahan.

Pertama adalah perkara yang diharamkan oleh ALLAH SWT seperti memakan bangkai darah, anjing, haiwan bertaring dan burung berkuku tajam.

Kedua pula, makanan tadi diharamkan disebabkan ia merupakan barangan curi, rampasan ataupun yang diambil tanpa izin pemiliknya.

Seperkara lagi, makan banyak dan terlalu kenyang boleh menyebabkan seseorang malas untuk melakukan ketaatan. Sebaliknya, diri terleka untuk terus menerus dengan urusan perut semata-mata demi memenuhi hajatnya.

3. Kuat tidur.

Baca juga Tidur pun boleh dapat pahala, amalkan 9 perkara ini

Ia bukan sekadar membuatkan badan bertambah lesu, tetapi turut membuang masa dan menjadikan kita malas. Sebaliknya tidurlah pada waktu ketika ia amat diperlukan.

Banyak makan

ELAKKAN diri daripada tidur sepanjang hari walaupun tiada perkara mahupun urusan yang dilakukan. -Foto: 123rf

Ketahuilah bahawa tidur malam lebih baik daripada lewat malam, manakala melelapkan mata pada waktu tengah hari lebih baik daripada tidur pada waktu pagi atau petang.

4. Bergantung selain daripada ALLAH SWT.

Sebagai seorang hamba, hanya ALLAH SWT sahajalah tempat kita bergantung dan bertawakal. Andai kita mengharapkan selain daripada-NYA, sia-sialah.

Ini kerana jika kita bergantung harap kepada manusia yang sifatnya lemah, tentunya tiada daya dan kekuatan kecuali hanya dengan pertolongan ALLAH SWT.

5. Kuat berangan.

Angan-angan sememangnya percuma, tetapi usah biarkan diri diselubungi ‘mimpi kosong’ tidak berkesudahan. Itulah tabiat orang yang berjiwa kecil.

Sebaliknya, simpanlah cita-cita yang tinggi dan mulia untuk direalisasikan. Andai impiannya adalah tentang ilmu, iman dan amal soleh untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, alangkah baiknya. Demikianlah angan-angan paling ideal dan wajar dipuji.

Marilah kita sama-sama mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan hati masing-masing. Semoga hidup kita akan lebih diberkati oleh-NYA.