Browsing Tag

amalan syirik

syirik
Aqidah,

Jumpa botol kaca dibalut kain hitam tepi pantai, fahami penjelasan Islam perkara khurafat ini

DI sebalik arus kemodenan, masih ada individu di negara ini yang percaya perkara tahyul dan khurafat.

Malah ada yang sanggup berjumpa dengan bomoh untuk merawat penyakit dan mencapai hajat tertentu walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.

Terbaharu, seorang individu dikenali sebagai Fitri Izany telah memuat naik video, memaparkan foto seorang lelaki, dua helai kertas bertulisan dakwat merah dan juga botol kaca di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kedua-dua botol itu dibalut dengan kain berwarna hitam.

Baca Juga Penyanyi wanita bertudung kantoi guna ilmu sihir, ini akibatnya lakukan amalan syirik ini

“Saya berada di PD sekarang…Saya tak tahu kenapa macam ada something yang “menarik” saya untuk turun ke laut, sedangkan hari tengah hujan dan kilat…

“Kemudian saya terjumpa dua benda ni… Salah satunya saya dah bukak… Jangan tanya kenapa saya bukak sebab saya sendiri takde jawapan…

“Apa patut saya buat? Lagi satu botol saya tak bukak pun… Saya hanya tinggalkan dekat pondok tu…

Tidak mengulas lebih terperinci mengenai penemuan tersebut, namun dipercayai lelaki dalam foto berkenaan adalah mangsa perbuatan khurafat.

FOTO individu yang dijumpai di dalam botol dibalut dengan kain berwarna hitam. -Foto: Fitri Izany

Jin saka disumbat ke dalam botol, apa kata ulama

Rentetan perkongsian yang tular itu, timbul persoalan bolehkan jin ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol?

Sebenarnya hal itu pernah dijelaskan oleh Almarhum Datuk Dr. Haron Din di dalam bukunya Menjawab Persoalan Makhluk Halus Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan.

Sebagai mukadimahnya, beliau mengambil hadis yang sama seperti dituturkan oleh Dr. Jamaluddin tentang Rasulullah menangkap Ifrit.

Artikel Berkaitan 

Ulasnya, Nabi Muhammad SAW tidak pernah menangkap atau menambat iblis bahkan jauh sekali untuk memasukkannya ke dalam botol kemudian dibuang ke dalam laut mahupun ditanam.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah hanya mengelak dari diganggu walaupun pada mulanya Rasulullah berhajat untuk mengikatnya tetapi apabila mengenangkan doa Nabi Sulaiman niat itu dibatalkan.

Menangkap dan membuang makhluk halus tidak ada di dalam hukum syarak. Tambahan pula makhluk itu dijadikan dari api, maknanya bukan berbentuk fizikal.

AMALAN menangkap jin bukan amalan para sahabat ataupun tabiin apalagi memasukkannya ke dalam botol.

Kuasa api boleh melepasi apa saja termasuk tembok. Meskipun makhluk itu dikurung di dalam botol kaca yang telus cahaya ia tetap boleh menembusinya. Bagaimana mungkin sesuatu yang tidak mempunyai jasad boleh dimasukkan ke dalam sesuatu yang berbentuk fizikal.

Botol adalah berbentuk fizikal manakala jin itu adalah tanpa fizikal yang diperbuat daripada api iaitu unsur cahaya. Sebagaimana cahaya boleh menembusi kaca begitu juga jin boleh keluar dan masuk ke dalam botol pada bila-bila masa.

Halnya berlainan dengan Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad SAW yang boleh menangkap jin kerana mereka adalah Rasul yang diberi kelebihan oleh ALLAH.

Turut Disyorkan Waspada dengan barang-barang digunakan untuk sihir perniagaan, nombor 1 dan 2 paling kerap kita temui

Namun, amalan menangkap jin bukan amalan para sahabat ataupun tabiin apalagi memasukkannya ke dalam botol.

Perkara yang digalakkan adalah berikhtiar untuk mengelakkan gangguan jin dengan membaca ayat al-Quran seperti yang diajar oleh Rasulullah seperti surah al-Baqarah, ayat Kursi, al-Jinn, Fussilat, al-Ikhlas, al-Falaq, al-Nas dan zikir.

Paling penting hati sentiasa mengingati ALLAH dan berzikirlah dengan lidah, hati serta akal yang mengingati kebesaran ALLAH.