Browsing Tag

amalan diterima

Muslim berdoa bersama bukan Islam
Aqidah,

Tanda-tanda amalan anda diterima ALLAH sepanjang Ramadan yang lalu

Tanda-tanda amalan anda diterima ALLAH sepanjang Ramadan yang lalu.

RAMADAN yang penuh kemuliaan sudah pun meninggalkan kita. Secara umum, mustahil untuk kita benar-benar tahu sekiranya amal ibadah kita diterima oleh ALLAH SWT, apalagi yang dilakukan di bulan Ramadan.

Pun begitu, para ulama berpendapat bahawa ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan dalam diri seseorang sebagai petunjuk bahawa ALLAH menerima amal ibadahnya.

Baca juga Sudah lama berdoa, tapi tidak dimakbulkan? Ketahui cara ALLAH terima doa kita

amalan diterima Ramadan

Baca juga Tip dan trik istiqamah beribadah selepas Ramadan

Sebagaimana dijelaskan melalui portal pihak Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda-tanda amalan puasa kita diterima oleh YANG MAHA ESA adalah:

1. Berterusan melakukan ketaatan kepada ALLAH.
Menurut Imam Ibnu Rajab al-Hanbali, sesiapa yang melakukan ketaatan kepada ALLAH dan selesai melaksanakannya, antara tanda diterima amalan itu, seseorang akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu.

Akan tetapi, antara tanda tertolaknya suatu amalan adalah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat.

Ketahuilah bahawa apa sahaja kebaikan yang dilakukan selepas kejahatan akan menghapuskan kejahatan tersebut dan sudah pasti yang terbaik adalah melakukan kebaikan selepas membuat kebaikan yang lain.

Turut disyorkan Kenali jenis wanita yang layak masuk syurga kerana istiqamah dengan amalan ringan ini

amalan diterima Ramadan

RAMADAN antara hadiah teristimewa dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada manusia. Foto: 123RF

Baca juga Hati hatilah andai tiada rasa sayu dalam hati saat Ramadan akan pergi

2. Melazimi puasa.
Kata Ibnu Rajab lagi, mereka yang diterima amalan puasanya akan melazimi dirinya untuk berpuasa walaupun selepas bulan Ramadan.

“Sesungguhnya ALLAH SWT jika menerima suatu amalan daripada seorang hamba, maka ALLAH SWT akan memberinya taufik untuk melakukan amal soleh setelahnya.” (Lihat Lata’if al-Ma’arif, hlm. 244)

Bahkan, Nabi Muhammad SAW pernah menyebut bahawa amalan yang baik paling adalah yang berterusan sebagaimana sabda baginda: “Amalan yang paling dicintai oleh ALLAH adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.” (Hadis Riwayat Muslim)

SENTIASA memperbaiki diri antara tanda ibadahnya diterima ALLAH SWT. Foto: 123RF

Baca juga Alangkah indah dapat masuk syurga tanpa dihisab, tapi bagaimana caranya?

3. Menjadi lebih baik.
Orang yang diterima amalannya juga akan menjadi lebih baik dari sebelumnya dan sentiasa merasakan amal soleh yang dilakukannya masih belum sempurna.

Manakala, Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya Madarij al-Salikin berkata, tanda diterimanya amalan seseorang ialah apabila dia merasa bahawa amalan yang dilakukannya masih hina dan kecil.

Oleh itu, orang yang benar-benar mengenal ALLAH akan sentiasa beristighfar selepas selesai melakukan ibadah. Malah perkara ini dilakukan oleh Nabi SAW sendiri yang beristighfar sebanyak tiga kali selepas memberi salam di akhir solat.

Justeru, kekallah kuat dan beristiqamah dalam melaksanakan segala perintah ALLAH dan bermujahadah melawan nafsu daripada melakukan perkara yang ditegah-NYA agar amal ibadah yang kita lakukan diterima oleh-NYA.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Foto: 123RF