Browsing Tag

amal sihir

sihir
Aqidah,

Penyanyi wanita bertudung kantoi guna ilmu sihir, ini akibatnya lakukan amalan syirik ini

SEORANG selebriti yang juga penyanyi wanita bertudung dan manis orangnya didakwa mengamalkan kerja khurafat iaitu sihir. Biar betul?

Menurut laporan yang disiarkan Utusan, penyanyi yang tidak didedahkan nama itu sebenarnya sudah lama mengamalkan sihir dan kerja khurafat itu hanya di rumah, siap ada bilik ‘khas’ dan tiada sesiapa pun yang dibenarkan masuk.

Tidak diberitahu sebabnya dan sumber mendakwa, dalam bilik itu tiada barang berharga seperti duit atau barang kemas, tetapi ada bau yang kurang selesa ditinggalkan di ruang tersebut.

Baca Juga Waspada dengan barang-barang digunakan untuk sihir perniagaan, nombor 1 dan 2 paling kerap kita temui

Dikatakan juga, selebriti itu pernah melakukan amalan yang bertujuan sebagai pemanis wajah agar orang senang mendekatinya.

Semoga penyanyi yang dikatakan ini dapat jauhkan diri dari perkara ini dan sempat bertaubat.

Hukum mempelajari ilmu sihir

Apakah hukum seseorang mempelajari ilmu sihir?

Merujuk penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah, Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi), sememangnya dalam Islam mempelajari ilmu sihir adalah haram.

USTAZ Hadi Zahalan

Sabda Baginda Rasulullah SAW “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan ALLAH, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita yang beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jelasnya, hadis ini menunjukkan mempelajari sihir dan mengajar serta mempraktikkannya adalah haram.

“Ibn Qudamah berkata: Sesungguhnya mempelajari sihir dan mengajarkannya adalah haram. Tidak ada khilaf padanya dalam kalangan ahli ilmu.

ARTIKEL BERKAITAN 

“Kita perlu ketahui bahawa syaitan berusaha untuk menyesatkan manusia dan menyuruh manusia untuk syirik kepada ALLAH.

Firman ALLAH “(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: “Berlaku kufurlah engkau!” Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai seluruh alam”. (Surah al-Hasy ayat 16)

“Hukum mereka yang berjumpa dengan ahli sihir pula bagi tujuan memintanya mengubati sihir atau meminta untuk menyihirkan seseorang adalah haram.

sihir perniagaan

SIHIR termasuk antara dosa besar dalam Islam dan perbuatan itu dilarang sama sekali oleh ALLAH dan Rasul.

“Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fatawa al-Mu’asirah berkata: Diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir sama ada untuk melakukan sihir atau pengubatan sihir.

“Maka semua itu sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Nabawi adalah salah satu jenis daripada syirik kepada ALLAH kerana ia adalah keyakinan dengan mengetahui yang ghaib atau pengubatan penyakit melalui perantaraan selain ALLAH,” katanya.

Baca Juga ‘Design’ muka orang jadi stiker ‘Whatsapp’, memanglah kelakar tapi boleh datangkan DOSA!

Mereka yang berjumpa dengan tukang sihir pula terbahagi kepada dua golongan dan setiap satu mempunyai hukum yang tersendiri, iaitu:

1. Barang siapa yang pergi kepada tukang sihir dan tidak mempercayainya, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 malam. Sabda Baginda Rasulullah: Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam. (Hadis Riwayat Muslim)

2.Barang siapa yang pergi berjumpa dan mempercayainya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad yang telah diwahyukan oleh ALLAH kepadanya hal-hal yang ghaib. Tidak ada yang mengetahui hal-hal ghaib kecuali ALLAH.