PENGACARA majlis, pendakwah dan penulis, Ustaz Mohd Hariri Haji Mohamad Daud membuat teguran terhadap penonton yang menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran baru-baru ini.
Majlis Tilawah Dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/ 2023M yang berlangsung selama enam hari bermula pada 11 hingga 16 Jun 2023 itu menyaksikan Pulau Pinang sebagai tuan rumah pada kali ini.
Atas kapasitinya sebagai Pengacara Majlis berkenaan, Hariri dengan tegas menegur tindakan segelintir penonton yang menjerit ketika majlis berlangsung.
Baca Juga Jemaah haji Malaysia meninggal dunia, ini tatacara uruskan jenazah di Makkah atau Madinah
Beliau selanjutnya memberikan sebab mengapa dirinya berbuat demikian menerusi hantaran yang dimuat naik olehnya di laman Facebook.
“Semalam mungkin penonton Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan terutama penonton di rumah tertanya tanya, kenapa saya “keras dan tegas” menegur penonton agar tidak menjerit jerit.
“Segelintir penonton di dewan yang mengikuti bacaan Qari dan Qariah menyahut dengan sebutan “ALLAH” atau kalimah kalimah membesarkan ALLAH dengan menjerit jerit. Lebih mendukacitakan lagi jeritan itu dibuat tanpa adab dan ilmu.
“Setiap kali Qari atau Qariah mengalunkan seni tarannum jawabul jawab atau burdah luar biasa, lalu disahut dengan jeritan yang keras.
“Ada juga yang mengikut jeritan kerana seronok orang lain melakukannya dan diakhiri dengan gelak ketawa.
Baca Juga Qayyim OKU penglihatan masih berbisa di pentas tilawah al-Quran
Turut Disyorkan Tren Mekah-Madinah tingkat perkhidmatan sepanjang musim haji
“Oleh itu, guru-guru al-Quran telah meminta ketika menyampaikan ibrah al-Quran untuk menegur penonton agar tidak melakukan perkara tersebut.
“Dengarlah bacaan al-Quran dengan beradab dan jika mahu menyebut nama ALLAH, dibolehkan namun dilakukan dengan penuh hormat, menghayati isi kandungan al-Quran dan tadabbur kepada ayat tersebut yang mengesan dihati.
“Saya turut mendapat reaksi daripada para peserta Majlis Tilawah yang merasa terganggu hingga menjejaskan bacaan mereka.
“Firman ALLAH dalam surah al-Aaraf ayat 204 “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
“Ibn Kathir berkata: “ALLAH SWT menyuruh manusia supaya senyap ketika mendengar bacaan al-Quran sebagai mengagungkannya dan menghormatinya tidak sepertimana yang telah dilakukan oleh orang kafir musyrikin Quraish iaitu dengan kata mereka: “Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar al-Quran ini (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak)”
Baca Juga “Walimah nak nampak Islamik, panggil ustaz baca doa dan ayat al-Quran sikit-sikit” – Kamilin Jamilin
“Mudah mudahan teguran para guru al-Quran kepada penonton yang disampaikan oleh saya dapat di ambil iktibar agar kita dapat beradab dengan al-Quran.
“Sebagai orang beriman, kita mesti dapat membezakan Majlis Tilawah Al-Quran dengan majlis nyanyian,” tegasnya.