HANYA mengambil masa selama tujuh bulan 10 hari, anak kepada seorang penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun berjaya menghabiskan hafalan al-Quran dalam tempoh yang agak singkat.
Manakan tidak, kebiasaan tempoh yang sering kita dengar apabila melibatkan hafalan al-Quran selalunya akan mengambil masa selama dua sehingga tiga tahun.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Ustazah Asma Harun’ di laman media sosial miliknya semalam.
“Kami panjatkan kembali rasa syukur ini kepada ALLAH SWT kerana memberi kami ruang dan peluang untuk merasai nikmat bahagia saat anakanda tercinta, Tengku Maisarah yang telah pun Khatam hafalan al-Quran 30 juzuknya, Masya-ALLAH.
Baca Juga ‘Kedudukan kita di akhirat berdasarkan ayat al-Quran terakhir yang dibaca’- hadis Nabi
“Sungguh, Umi dan Abi menjadi saksi atas kesungguhanmu, dengan air mata dan tekad yang kuat. Kami tidak pernah memaksa atau meminta ia diselesaikan dalam tempoh masa secepat ini (7 bulan 10 hari).
“Namun setiap kali bertemu baik di asrama mahupun ketika menghantarnya pulang, Maisarah tidak pernah terlupa untuk meminta doa dan nyatakan impiannya untuk Khatam.
“Sungguh, Khatam al-Quran ini bukanlah pengakhiran, tapi ia adalah permulaan bagi sebuah perjuangan dalam memahami, menghayati, beramal serta menyebarkan ilmu-ilmu dari kalam ALLAH SWT.
“Setinggi penghargaan dan terima kasih buat semua termasuk para guru dan pihak AKMAL, juga kalian yang selama ini turut mendoakan. Mudah-mudahan kemanisan yang kami rasai saat ini akan turut dirasai oleh semua ibu bapa di luar sana.
Baca Juga Pelajar kurang pendengaran di Indonesia hafal al-Quran guna bahasa isyarat
Turut Disyorkan Selamatkan diri dari Dajjal dengan menghafal 10 ayat terawal Surah al-Kahfi
“Moga segala doa yang baik dikembalikan dalam bentuk kebaikan buat kalian dan keluarga. Insha-ALLAH, di sini kita bertemu, di syurga kita bersatu,” tulisnya.
Tip menghafal al-Quran dalam tempoh singkat
Menghafal Al-Quran sememangnya merupakan impian ramai orang yang beragama Islam.
Namun begitu, ia diakui bukanlah sesuatu yang mudah bahkan memerlukan kesungguhan dan motivasi yang tinggi.
Memetik laman seismik.com, seorang pemuda telah berkongsi tip yang diamalkan olehnya sehingga berjaya menghafal al-Quran di dalam blog peribadinya.
Fadhil Azman yang berasal dari Singapura jurusan Islamic Theology di University of Jordan berkongsi 20 tip mudah yang boleh dijadikan pedoman di samping membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk menghafal al-Quran.
Baca Juga Berdosakah jika kita terlupa ayat al-Quran yang pernah dihafal?
1.Betulkan niat
2.Mulakan sekarang
3.Gunakan Mushaf yang sama
4.Mendengar pembacaan ayat al-Quran
5.Pengulangan dan pembahagian halaman adalah asas untuk menghafal
6.Pemahaman adalah kunci penting dalam menghafal
7.Mulakan dengan perlahan-lahan
8.Jangan putus asa
9.Berkawan dengan mereka yang turut menghafal
10.Buat perancangan
11.Masa yang terbaik
12.Bawalah mushaf anda ke mana sahaja anda pergi
13.Jagalah mata anda
14.Bertaubat
15.Minta seseorang mendengar bacaan anda; tasmii
16.Muraja’ah (ulang) apa yang telah anda hafal
17.Makan kismis dan madu
18.Lakukan solat malam
19.Doakan kebaikan untuk orang lain
20. Berdoalah selalu dan harapkan pertolongan ALLAH