SURAH Luqman merupakan surah ke-31 terkandung di dalam al-Quran dan ia terdiri daripada 34 ayat. Kebanyakan ayat di dalam surah tersebut menceritakan tentang pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya tentang perilaku yang sepatutnya diamalkan seorang anak untuk menjadi insan yang cemerlang.
Baca juga 5 pesanan Malaikat Jibril kepada Nabi SAW yang wajib kita ambil tahu
Siapakah Luqman al-Hakim?
Beliau adalah seorang hamba ALLAH yang soleh dan bertakwa yang dikurniakan kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam serta kedudukan yang tinggi. Beliau hidup di zaman Nabi Daud AS.
Digelar al-Hakim kerana kata-kata hikmat dan kisahnya menjadi teladan kepada manusia. Luqman juga merupakan seorang yang prihatin dan menitikberatkan pendidikan agama dalam mendidik anaknya agar dapat menjalani kehidupan berdasarkan syariat ALLAH.
Kisah tentang Luqman al-Hakim menasihati anaknya berbentuk 14 wasiat ini diterangkan di dalam Surah Luqman dimana ia secara tidak langsung menjadi panduan kepada para ibu bapa dalam mendidik dan memperkukuhkan jati diri seorang anak.
Turut disyorkan Enam penyakit bakal melanda umat akhir zaman, ini pesanan Nabi SAW
Baca juga 4 waktu terbaik untuk menasihati anak
Pesanan Luqman kepada anak-anaknya
1. Jangan menyekutukan ALLAH.
Firman ALLAH:“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan ALLAH (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)
2. Berbuat baik kepada ibu bapa.
Firman ALLAH: “Dan KAMI wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada AKU-lah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14)
Turut disyorkan Hukum menyakiti hati anak, wujudkah ibu bapa derhaka?
Baca juga Antara taat pada ibu dan nafkah untuk isteri, jangan sampai suami jadi anak derhaka
3. Menolak dengan baik arahan ibu bapa yang bertentangan dengan Islam.
Firman ALLAH, “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-KU sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-KU (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada AKU-lah tempat kembali kamu semuanya, maka AKU akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.” (Surah Luqman, ayat 15)
4. ALLAH Maha Mengetahui setiap perbuatan kita.
Firman ALLAH: “(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh ALLAH (untuk dihakimi dan dibalas-NYA); kerana sesungguhnya ALLAH Maha Halus Pengetahuan-NYA; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.” (Surah Luqman, ayat 16)
Turut disyorkan Walaupun masalah hubungan intim antara punca penceraian, tetapi sebenarnya 90 peratus rumah tangga berakhir disebabkan pengabaian solat
Baca juga Alangkah indah dapat masuk syurga tanpa dihisab, tapi bagaimana caranya?
5. Solat dan amalkan amar makruf nahi mungkar.
Firman ALLAH: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” (Surah Luqman, ayat 17)
6. Jangan sombong dan bangga diri.
Firman ALLAH “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)
Turut disyorkan Hati-hati, berdosa mendedahkan aib sendiri
Baca juga Biar tamak lakukan kebaikan dalam ibadah, jangan haloba urusan dunia
7. Bersederhana dalam sesuatu.
Firman ALLAH: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (Surah Luqman, ayat 19)
Wasiat Luqman terhadap anaknya merupakan kisah tentang seorang ayah yang amat menyayangi anaknya yang mahukan mereka beroleh syurga serta termasuk dalam insan yang dicintai ALLAH..
Walaupun nasihat Luqman al-Hakim ini dititipkan ribuan tahun yang lalu, namun ia kekal relevan sehingga ke hari ini. Inilah buktinya bahawa isi al-Quran tidak lapuk dan sentiasa sesuai sepanjang zaman.
Sumber: Aku Muslim
Foto: 123RF & Pexels