Kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?
IBADAH solat merupakan tuntutan wajib dari Sang Pencipta kepada setiap hamba-NYA. Walaupun ia boleh dilakukan pada bila-bila masa selain lima waktu, namun ada juga waktu yang diharamkan untuk solat.
Satu persoalan telah diutarakan kepada penceramah bebas, Ustaz Mohd Shahardin Nadzri, kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?
Beliau menjawab dengan berikan empat sebab mengapa diharamkan untuk solat pada waktu tersebut.
1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk zohor). Disebut juga waktu rembang.
2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat dan berada di Masjidil Haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)
3. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan ‘menuju’ ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. – Menurut ilmu perubatan Islam.
4. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.
Maka, Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuan kecergasan fizikal dan juga rohani. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.
Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.
Apa itu Qailulah?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari. Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.
BACA JUGA Tiada Larangan Tidur Lepas Subuh dan Asar?
Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk.
Qailulah atau tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.
Orang barat memanggil Qailulah sebagai ‘nap’. Di negara barat biasanya ‘nap’ dilakukan dari pukul 2-4 petang.
Hasil kajian menunjukan amalan tidur sebentar waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.
BACA JUGA Tidur 3 jam, rahsia dapatkan ‘golden hour’ sebagai persiapan bermunajat dan ‘bertemu’ ALLAH SWT
Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Sebagai orang Islam, kita akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk menunaikan solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga.
Jadi Qailulah atau ‘nap’ ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.
******
ANEKDOT
Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A’ilulah?
1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (orang yang tidak bangun solat subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ia amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam).
3- A’ilulah ialah tidur selepas solat asar, mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.