KAABAH (الكعبة) merupakan kiblat Muslimin terletak di Masjidil Haram di Mekah.
Sejak perletakan batu asasnya oleh Nabi Adam AS ribuan tahun lampau, disusuli pembinaan semula oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail hingga melewati era Nabi Muhammad SAW sampai kini, Kaabah dikunjungi jutaan umat Islam sama ada untuk menunaikan umrah atau ibadah haji.
Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.
Menurut sejarah Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarawan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam AS. Selepas itu, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS membina semula Kaabah.
Seni bina dan keajaibannya akan memukau sesiapa sahaja yang memandangnya.
Pengasas MADAD Dakwah Centre, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra menjelaskan ada 15 kehebatan Kaabah daripada sudut graviti:
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2.Tekanan gravitinya tinggi
3. Ia memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Elektron ion negatif yang terkumpul di situ sangat tinggi.
5. Apa yang diniatkan di dalam hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat mudah putus asa dan penyerahan diri sepenuhnya kepada ALLAH SWT.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Teknologi satelit tidak mampu meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.
8. Kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Disebabkan itulah jika solat di Masjidilharam masih terasa sejuk walaupun tempatnya terbuka tanpa bumbung.
9. Zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan lawan arah jam mengelilingi Kaabah memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, itulah sunnatullah.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan arah jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik infiniti. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Kerana itulah sejurus selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Baca juga Kaabah diangkat ke langit menjelang kiamat
Baca juga Mengapa jenazah meninggal di Makkah, wajah tidak bertutup dan diselimut kain berbeza warna?