ADA tujuh cara terbaik yang boleh dilakukan oleh penganut asal Islam untuk bantu para saudara kita atau mualaf.
Ada orang dibesarkan secara Islam, namun akhirnya meninggal dunia sebagai penganut agama lain. Dalam masa sama, wujud seseorang yang diselubungi maksiat bertahun lamanya tetapi diberikan jalan petunjuk oleh ALLAH lalu menginsafi segala kesilapannya.
Demikianlah hidayah itu milik Ilahi. Antara golongan yang bertuah dipilih oleh-NYA untuk dikurniakan hidayah adalah mualaf.
Baca juga Muhammad Asad: Seorang Mualaf Yahudi Yang Mengabdikan Hidupnya Untuk Islam
Sebagai individu yang dibesarkan dalam Islam, kita semua memiliki tanggungjawab menyantuni para mualaf kerana agama sememangnya mengajar kita untuk saling berbaik sesama Muslim.
Mungkin ada yang tertanya, apakah sebenarnya peranan kita sebagai umat Islam untuk membantu saudara baru ini dalam menguatkan keislaman dan tali kepercayaan mereka kepada ALLAH SWT?
Baca juga Islam pesat berkembang di kawasan setinggan Brazil
Seperti yang dikongsikan oleh portal Tzkrh, berikut beberapa cara yang boleh diusahakan untuk bantu golongan mualaf:
1. Memberi zakat
Masyarakat boleh menghulurkan bantuan kepada golongan mualaf dari segi pemberian zakat harta benda dan zakat fitrah.
Ini kerana faktor kemiskinan adakalanya menjadi penyebab sebahagian mualaf berputus asa dan menyalahkan agama sebagai puncanya.
Baca juga Jatuh Murtad Jika Ingkar Tunaikan Zakat? Ini Penjelasannya
Pemberian zakat bukan sahaja dapat mengukuhkan ekonomi para mualaf, malah ia mampu mengeratkan ikatan sesama saudara Islam.
Firman ALLAH SWT, “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).” (Surah al-Taubah, ayat 103)
2. Bimbingan pendidikan dan pengetahuan tentang Islam
Kebanyakan mualaf tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang Islam kerana masih baru dalam agama.
Bimbingan daripada Muslim lain dalam pelbagai bentuk seperti kelas dan sebagainya dapat membantu golongan saudara kita agar lebih memahami dan menghayati agama Islam dalam kehidupan mereka.
Baca juga Imam Nawawi mengabdikan diri dengan ilmu sehingga sanggup tidak berbaring ketika tidur
3. Perkahwinan campur
Perkahwinan campur yang dimaksudkan adalah perkahwinan antara golongan Mualaf dengan penganut Islam yang asal.
Melalui cara ini, seseorang mualaf akan lebih mudah dan cepat mendalami Islam, malah ia juga memastikannya tidak kembali lagi kepada agamanya yang asal.
Baca juga Ini Mitos-Mitos Dalam Perkahwinan Yang Perlu Diketahui
4. Dekati, sokong dan beri semangat
Jangan menjauhkan diri daripada golongan mualaf. Sebaliknya, dekati mereka agar kita akan lebih memahami permasalahan yang mereka lalui lantas mudah untuk membantu mereka.
Berilah sokongan dan dorongan untuk mereka terus kekal dengan Islam dan tidak rasa tersisih sebagai saudara Islam baru.
5. Menyediakan bantuan keperluan asas
Selain memberi bantuan dalam bentuk kewangan dan pinjaman modal untuk perniagaan, golongan mualaf juga boleh dibantu melalui peluang pekerjaan serta barangan keperluan asas seperti pakaian, rumah atau tempat tinggal dan sebagainya.
Ini kerana selepas memeluk Islam, ramai mualaf yang disisihkan oleh ahli keluarga, malah ada juga yang turut dipecat daripada pekerjaan mereka.
Baca juga Hidup senang, tapi ambil bantuan disediakan untuk orang susah… Haram hukumnya
6. Menyediakan badan khas untuk rujukan
Kewujudan badan rujukan seperti persatuan yang berfokus kepada mualaf sangat diperlukan sebagai tempat rujukan mereka mengenai Islam selain menjadi tempat mengadu serta meminta pertolongan sementara mereka dapat berdikari sendiri.
Baca juga Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria
7. Galakkan masyarakat mendekati mualaf
Selain itu, anjurkan juga pelbagai program yang bantu mendekatkan golongan mualaf dengan penganut asal Islam.
Selain bertujuan mengukuhkan semangat persaudaraan sesama Islam, program-program sedemikian juga memastikan saudara Islam baru kita tidak terasa tersisih, justeru mendorong mereka untuk kekal dalam Islam.
Baca juga [VIDEO] Boleh doakan ibu bapa yang bukan Islam, tapi…
Foto: Pexels