12 perkara berikut antara amalan Rasulullah SAW yang boleh kita teladani untuk meraih pahala.
Amalan sunnah adalah apa-apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sama ada melalui perlakuan, perbuatan, percakapan dan diam baginda.
Ganjaran pahala menanti sesiapa yang beramal dengan sunnah Rasulullah namun, tiada dosa bagi yang meninggalkannya.
Berikut adalah 12 sunnah Rasulullah SAW yang boleh dijadikan amalan harian kita, seperti yang disenaraikan portal Tzkrh.
Baca juga Empat kisah Rasulullah SAW menitiskan air mata
1. Bersiap sebelum tidur
Sebelum tidur, kita disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu, berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring miring sebelah kanan.
Setelah itu, baca juga ayat Kursi, 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan.
Baca juga Sunnah kibas tilam sebelum tidur. Ini sebabnya
2. Bangun tidur dengan menyapu wajah dan berdoa
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur”
Maksudnya: “Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikan-NYA dan kepadaNYAlah kami dikembalikan.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Baca juga Tiada Larangan Tidur Lepas Subuh dan Asar?
3. Masuk dan keluar tandas dengan membaca doa
Bacalah doa berikut sebelum melangkah masuk ke dalam tandas dengan kaki kiri:
“Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khaba’is’”
Maksudnya: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadaMU daripada godaan syaitan jantan dan betina.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setelah itu, keluar dari tandas dengan kaki kanan sambil membaca:
“Ghufranak”
Maksudnya: “Aku memohon ampun kepadaMU.” (Hadis Riwayat Nasa’i)
Baca juga Tak boleh Masuk Tandas Ketika Sedang Azan?
4. Bersugi
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan bersiwak pada setiap sembahyang.” (Hadis Riwayat Bukhari)
5. Membaca bismillah semasa memakai pakaian
“Penghalang (hijab) antara pandangan mata jin dan aurat manusia ketika membuka pakaian ialah membaca bismillah (dengan nama ALLAH).” [Hadis Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Ausat (2504)]
Mulakan dari bahagian sebelah kanan ketika memakai pakaian dan sebelah kiri apabila ingin menanggalkannya.
Baca juga Bolehkah lelaki ‘mencantikkan’ diri? Berikut perinciannya
6. Menunaikan solat sunat rawatib
Solat sunat rawatib antara ibadah yang sering dilazimi oleh Nabi Muhammad SAW. Sabda baginda:
“Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana ALLAH SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan ALLAH SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)
Baca juga Rugi tinggalkan solat sunat Isyak kerana ia lebih afdal dari solat tarawih.
7. Masuk dan keluar rumah dengan membaca doa
Ketika hendak keluar dari rumah, disunatkan untuk membaca:
“Bismillahi tawakkaltu alallah, wa la haula wala quwwata illa billah (Dengan nama ALLAH, aku bertawakkal kepada ALLAH. Dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH).” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Manakala ketika hendak masuk ke dalam rumah pula, disunatkan untuk mengucapkan bismillah, memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mengucapkan salam sama ada rumah tersebut ada orang atau tidak.
Baca juga Beri salam bila masuk rumah walaupun tak ada orang. Ini sebab-sebabnya…
8. Beradab ketika memakai kasut
Apabila memakai kasut atau selipar, kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk memulakan dengan kaki kanan. Sebaliknya, kaki kiri didahulukan semasa ingin menanggalkannya.
Hal ini seperti diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Jika kalian memakai sandal, maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Baca juga Biasakan Diri Baca Doa Sebelum Keluar Rumah, Ini Sebabnya
9. Beradab ketika makan
Sebelum dan selepas makan, kita disunatkan untuk berdoa. Bahkan, memadai dengan hanya membaca bismillah.
Antara sunnah lain ketika makan dan minum ialah memulakan dengan menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan yang paling hampir dengan kita. Tidak meniup makanan atau minuman, menjilat jari-jemari untuk membersihkan sisa makanan, tidak mencela makanan apabila tidak menyukainya dan tidak membazirkan juadah tersebut.
Baca juga Sunnah tutup makanan dan minuman walaupun dengan sebatang kayu, ini sebab-sebabnya
10. Mengucapkan salam
Apabila bertemu dengan sesama Muslim, disunatkan untuk kita mengucapkan salam, “Assalamualaikum atau Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”, sama ada pada orang yang kita kenal atau tidak. Kemudian, bersalam-salaman.
Sabda Rasulullah SAW, “Tidaklah ada dua orang muslim itu apabila bertemu, lalu bersalamanan, melainkan akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Baca juga Apabila berjabat tangan, genggamlah lama sedikit kerana itu lebih baik
11. Sentiasa senyum
Senyum adalah ‘sedekah’ yang paling mudah untuk dilakukan oleh setiap orang. Rasulullah SAW sendiri adalah orang yang paling pemurah dengan senyuman yang tak lekang di wajah, membuatkan orang sekeliling berasa senang dengan baginda.
Abdullah bin al-Harith RA berkata,
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Baca juga Senyumkan sedekah, tapi masih ramai orang tak buat…rugi betul
12. Berzikir
Amalan berzikir juga merupakan perkara yang biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW. Bahkan, lidah baginda sentiasa dibasahi pelbagai pujian terhadap ALLAH SWT tidak mengira waktu.
Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu.
“Para sahabat berkata: Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Zikir kepada ALLAH Azza Wa Jalla.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Baca juga Kedudukan Zikir Sangat Tinggi Berbanding Amalan Lain, Tapi Ramai Yang Pandang Remeh
Demikianlah beberapa amalan sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita contohi serta amalkan dalam kehidupan seharian.
Selain mengikuti perlakuan baginda, amalan sunnah juga penting untuk menampung segala kekurangan pada amalan wajib yang kita lakukan setiap hari.
Foto: Pexels