Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN
MUNICH: Pemain tengah Perancis Paul Pogba mengalihkan botol bir daripada pandangannya pada sidang akhbar pertandingan bola sepak Euro 2020 di sini hari ini.
Pogba, seorang Muslim, menjadi pemain kedua mengetepikan produk penaja yang diletakkan di atas meja pada sidang akhbar rasmi Euro 2020.
Sehari sebelum itu, legend Portugal Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol air manis bergas dari atas meja di sidang akhbar seumpamanya.
Pogba, yang juga bintang Manchester United, mengangkat botol berjenama bir itu dan meletakkan di bawah lantai sebelum memulakan sidang akhbar.
Bagaimanapun, botol itu sebenarnya diisi minuman tanpa alkohol yang berjenama bir.
Sumber: SkySports