Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN
Rawdah Mohamed, satu nama yang tidak asing di barat, beliau juga merupakan model terkenal dari Norway, berketurunan Somalia.
Namanya mula melonjak selepas melancarkan kempen dan protes #HandsOffMyHijab terhadap cadangan larangan bertudung yang ingin dikenakan di Perancis.
Sekali lagi Rawdah menarik perhatian ramai apabila diumumkan sebagai editor Vogue Scandinavia.
Majalah wanita terkenal
itu akan dilancarkan pada bulan Ogos, dan Rawdah akan menjadi editor bertudung dan berlainan bangsa pertama di sebuah majalah fesyen barat.
“Saya berharap dapat memperkuatkan pembelajaran, kepelbagaian budaya, berkembang dan menghadapi cabaran yang bakal dihadapi. Semoga anda semua bersedia dan turut berbangga dengan saya untuk ini. Ayuh! ” tulis Rawdah dalam catatan Instagram awal minggu ini untuk mengumumkan pelantikannya.
Rawdah, yang terkenal dengan fesyen gaya jalanannya, percaya bahawa pemilihannya sebagai editor akan memberi kesan yang memberangsangkan kepada masyarakat.
“Perkara ini juga memberi kesan besar bagi umat Islam, dan saya melihat ini sebagai pencapaian kolektif untuk lebih memahami dunia fesyen,” katanya.
Kepelbagaian dalam industri fesyen juga telah menjadi topik hangat sejak pembunuhan George Floyd tahun lalu.
Rawdah tidak melihat pelantikannya ada kaitan dengan kontroversi yang baru-baru ini melanda Condé Nast dan susulan kemudian peletakan jawatan Alexi McCammond di Teen Vogue awal tahun ini.
Rawdah, yang memiliki 132,000 pengikut di akaun Instagramnya telah manaikkan foto dirinya pada bulan April dengan tulisan “Hands off my Hijab” yang ditulis di telapak tangannya sebagai tanda protes terhadap cadangan pindaan rang undang-undang “anti-separatism” yang sangat kontroversi di Perancis.
Undang-undang itu ingin melarang kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun dari memakai tudung di tempat awam.
“Ketika berusia 8 tahun, saya dipanggil untuk mengadakan perjumpaan dengan guru-guru saya. Mereka sedang membincangkan cara-cara untuk menamatkan pembulian yang saya alami dari rakan sekelas saya. Penyelesaian mereka ialah saya tidak boleh memakai tudung ke sekolah. Ketika masih muda saya yang perlu duduk di sebuah bilik yang penuh dengan orang dewasa membincangkan perihal tubuh saya dan apa yang saya boleh dan tidak boleh pakai, sebagai seorang gadis muda perbincangan yang dilakukan hadapan saya itu adalah lebih buruk daripada dibuli disekolah pada ketika itu. Saya tidak pernah merasa dilucutkan hak saya, saya tidak pernah merasa diremehkan, ”katanya.
Postingnya juga mendorong rakan wanita Islam untuk berkongsi cerita mereka. Ia dengan cepat menjadi tular di Instagram, Twitter dan TikTok.
Model itu juga lantang menyuarakan penderitaan rakyat Palestin, mendorong para pengikutnya untuk bersuara mengenai pengeboman terbaru Israel di Gaza dan serangan di Tepi Barat.
“Rakyat Palestin mengharapkan anda untuk meningkatkan kesedaran dan Zionis mengharapkan anda untuk berdiam diri. Bagaimanapun tidak ada gunanya, teruskan berkongsi, menggunakan hashtag dan terus mengetahui, ”tulisnya di akaun instagramnya.
Sumber : Middle east eye/The Guardian/TRT World