Browsing Tag

Tunai Zakat

Untitled design - 2023-03-03T152800.246
Berita Semasa,

Tunai zakat, wakaf dan bersedekah dengan mudah guna aplikasi Dinaruna

Tunai zakat, wakaf dan bersedekah dengan mudah guna aplikasi Dinaruna

KEPADA mereka yang berhajat untuk bersedekah mahupun menunaikan zakat tanpa tunai, barangkali aplikasi Dinaruna boleh dimasukkan ke dalam senarai pilihan masing-masing.

Dengan ciri-ciri gerbang pembayaran yang ada padanya memudahkan kita untuk membuat sebarang transaksi mahupun kiriman wang kepada sesiapa dan di mana-mana sahaja.

Itulah kelainan Dinaruna berbanding aplikasi-aplikasi Muslim sedia ada.

Di samping itu, platform itu turut dipenuhi informasi berkaitan waktu solat, arah kiblat, doa, 99 nama ALLAH, syahadah, sedekah, wakaf dan pelbagai lagi.

Lebih istimewa lagi, para jemaah haji dan umrah boleh menggunakan kad Dinaruna semasa berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk berbelanja sambil mendapat tawaran cashback (rebat tunai).

Bukan sahaja memudahkan pengguna menjadikannya sebagai alat memudahkan urusan ibadah, Dinaruna App turut menyediakan maklumat terkini tentang perkembangan masyarakat Islam di seluruh dunia terutama negara di bawah naungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Baca juga JPAF sahut seruan Setiausaha Agung OIC lawan dasar aparteid Israel

Bagi memberi tambah nilai kepada kemudahan aplikasi itu, Dinaruna baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama melibatkan syarikat itu dengan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) dan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) di ibu kota.

Tunai zakat

PENGURUS Besar Pernama, Mat Rostam bin Mat Abas (dua, kiri) bertukar-tukar dokumen perjanjian kerjasama dengan Pengarah Urusan Dinaruna, Datuk Abdul Aziz Ishak (dua, kanan) pada satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini. -Foto: Ihsan DINARUNA

Kolaboratif tersebut melibatkan perkhidmatan dinamakan sebagai Sadaqah Barang yang antara lain memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk melakukan infak kepada golongan memerlukan.

Dalam satu kenyataan medianya, Dinaruna menjelaskan, penginfak boleh bersedekah sama ada kepada anggota tentera mahupun mana-mana pihak yang layak menerima sumbangan berupa barang-barang keperluan asas.

Menerusi aplikasi itu, orang ramai boleh bersedekah dengan nilai paling minimum antara RM5 dan RM100.

“Sedekah yang disalurkan akan diterima oleh pihak Pernama menerusi platform Dinaruna. Seterusnya mereka akan menterjemahkan bantuan tadi dalam bentuk barangan menerusi kedai-kedai Pernama dengan nilai barangan paling minimum RM25 yang akan diubah mengikut kesesuaian semasa.

“Kemudian item-item tadi akan disampaikan kepada Kagat untuk tujuan pengagihan mengikut penerima berkelayakan. Antaranya anggota tentera yang memerlukan, bekas tentera, mereka yang ditimpa bencana mahupun orang awam seperti anak-anak yatim, asnaf dan warga emas,” katanya.

Baca juga Bayar zakat fitrah online tetap sah walau tanpa lafaz akad

Menurut Dinaruna, kerjasama itu turut menyaksikan hampir Kagat menerusi hampir 120,000 anggota tentera di seluruh negara membuat potongan gaji bagi tujuan pembayaran zakat menerusi Dinaruna App.

“Selain itu, platform ini akan digunakan oleh tentera Kagat untuk berwakaf dan bersedekah,” katanya.

Aplikasi Dinaruna yang mula dibangunkan sejak dua tahun lalu boleh dimuat turun menerusi Google App dalam tempoh terdekat.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

***Foto: Canva