Browsing Tag

silat

seni silat
Berita Semasa,

Perteguhkan syarak dalam seni persilatan

SENI Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun lampau.

Silat sehingga kini sudah banyak dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan terdapat unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat.

Dengan meningkatnya kesedaran dan kefahaman Islam hari ini, para pengasas dan guru persilatan telah menentang atau berusaha mengikis amalan-amalan yang dilihat bertentangan dengan ajaran agama seperti jampi serapah, pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya.

Pertubuhan Silat Kebangsaan (PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha pemodenan dalam dunia silat hari ini.

DI Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan. – FOTO: Flickr

Perteguhkan syarak antara elemen utama dalam dunia seni persilatan. Jika tidak dijaga dari sekarang maka ia akan semakin pudar ditelan waktu.

Bagi menjaga seni silat ini, satu inisiatif telah diambil dengan menjalankan satu kajian parameter syarak dalam persilatan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah Tanjung Malim.

Diketuai oleh Dr Ahmad Muzammil Mohamed Shapawi mewakili JAIPK dan Prof Zulfikar, UPSI. Kajian ini telah berakhir pada 2022 dan telah disahkan oleh JAIPK berkaitan kandungan kajian dan parameter yang dizahirkan.

Baca Juga Program TVET Tahfiz, aset ummah masa depan

Turut Disyorkan Meski teruja dengan kemunculan AI, perhati juga kedudukan hukum dalam penciptaan imej manusia

Bagi menyebar luas lagi agenda berkaitan kajian tersebut, satu seminar telah diadakan di Dewan saidina Omar Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh.

Seramai 100 orang peserta telah menghadiri seminar itu dengan keseluruhan wakil persatuan silat negeri Perak (23 pertubuhan) seramai 85 orang serta 16 orang Pegawai Tadbir Agama Daerah Negeri Perak.

SATU kajian parameter syarak dalam persilatan telah dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah Tanjung Malim. 

Turut hadir ke seminar seni persilatan itu juga persatuan silat yang tidak berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

Antara objektif seminar tersebut adalah :

1.Memberi kefahaman berkaitan konsep persilatan.

2.Memberi pendedahan berkaitan prinsip asas persilatan.

3.Memberi garis panduan yang perlu diikuti supaya tidak terjebak dengan ajaran persilatan yang tidak syarie.

Baca Juga Ini suara anak muda Muslim terhadap kerajaan baharu

4.Merungkaikan kekeliruan yang terjadi di kalangan awam berkaitan ajaran persilatan yang berlaku di dalam masyarakat.

5.Memberi garis panduan yang perlu diikuti supaya tidak terjebak di dalam situasi mengancam akidah.

Gagasan dari seminar ini diharapkan :

SEMINAR perteguhkan syarak dalam seni persilatan. 

1. Pesilat dan orang awam dapat mengetahui dan membezakan silat patuh syariah atau tidak.

2. Parameter silat ini diguna pakai sepenuhnya oleh pertubuhan silat seluruh negeri Perak.

3. Menubuhkan seni bela diri silat dan sebagainya diseluruh institusi masjid dan surau dalam negeri Perak sebagai satu aktiviti.

4. Dengan tertubuhnya seni silat di masjid dapat mengekang gejala moral, dan mengisi aktiviti anak muda.

Baca Juga Penguat ummah, peranan ini seharusnya dimiliki setiap anak muda

5. Dengan seni silat mewujudkan nilai perpaduan sesama masyarakat yang kian tandus akibat sentimen politik.

6. Sehingga nanti mana mana pihak boleh memberi pengiktirafan kepada ilmu persilatan ini yang bersifat teknikal sekaligus mengeluarkan suatu bentuk sijil seperti sijil kemahiran malaysia, supaya aktiviti atau program ini berterusan dan berdaya saing.

7. Sesungguhnya seni silat ini peninggalan orang melayu yang perlu dijaga kelestariannya.