Browsing Tag

pakai kasut milik orang lain

Tersalah bawa balik kasut orang
Gaya Hidup,

Rupanya tak boleh pakai walaupun tersalah bawa balik kasut orang

Rupanya tak boleh pakai walaupun tersalah bawa balik kasut orang

“ALAMAK, mana kasut aku ni? Semua orang dah balik, tinggal aku seorang. Ini saja kasut yang tinggal, pakailah dulu.”

Barangkali ada dalam kalangan kita yang pernah mengalami situasi tersebut. Sudahlah tinggal seorang diri, alih-alih kasut yang dipakai pula lesap begitu sahaja.

Puas sudah dicari di kawasan sekitar, tetapi tiada tanda-tanda alas kaki tadi bakal dijumpai. Mahu atau tidak, kasut yang ada tadi dipakailah juga.

“Takkanlah mahu berkaki ayam pula, kan?”

Begitulah kita bermonolog dalam diri. Akhirnya mahu atau tidak, kasut tersebut digunakan dengan harapan selepas sampai rumah, bolehlah ia ditukar dan dipulangkan semula ke tempat yang tadi.

Baca juga Jumpa barang di mana-mana, jangan sesuka hati ambil terus buat harta sendiri… Baca dulu penjelasan pendakwah ini

Awas kepada mereka yang melakukan sedemikian. Sinar Islam Plus ada alasan kukuh mengapa tidak boleh berbuat begitu.

Ini kerana pendakwah Ustaz Azhar Idrus menegaskan, kita dilarang memakai kasut yang bukan milik kita.

USTAZ AZHAR IDRUS

Perkara itu ada dijelaskan oleh Syeikh Abdurrahman Ba’lawi As-Syafie dalam Kitab Bughyah al-Mustarsyidin iaitu: “Termasuk hukum barang temuan itu ialah kasut yang bertukar dengan lainnya dan tidak halal baginya memakainya melainkan selepas diuar-uarkan dengan syaratnya atau telah nyata tuannya tidak menghendakinya lagi.”

Andai kita terbawa balik kasut milik orang lain kerana tertukar tanpa disengajakan, agamawan itu menyarankan agar ia dikembalikan ke tempat asalnya diambil.

Baca juga Curi atau terambil barang orang tanpa izin, apa perlu kita buat

“Jika tahu tempat kasut itu diambil seperti di masjid, maka hendaklah ia dipulangkan supaya tuannya boleh datang untuk mengambilnya.

“Andai kita tidak tahu dari mana tempat bertukarnya alas kaki tadi, maka ulama mengqiaskannya dengan barang temuan iaitu diuar-uarkan tentang kasut berkenaan selama setahun lamanya.

“Ia supaya tuannya boleh datang mengambilnya dan perlu diingat bahawa, hukum (kita) memakainya adalah dilarang kerana bukan milik kita,” terangnya panjang lebar sebagaimana dipetik menerusi infografik yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Tersalah bawa balik kasut orang

JANGAN sengaja ‘cari pasal’ kasut orang lain yang bukan milik kita. -Foto: Canva

Baca juga 2 cara elakkan harta hilang menurut Islam

Justeru berhati-hatilah. Mungkin masih boleh dimaafkan jika kita tersilap menyarung dan baru perasan apabila sampai ke rumah, tetapi jangan ‘cari pasal’ pakai kasut orang lain yang bukan milik kita!

***Foto: Canva

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.