Browsing Tag

nama Muslim

Muslim pantauan FBI
Antarabangsa,

Lebih 98 peratus nama Muslim dalam senarai pantauan FBI

Lebih 98 peratus nama Muslim dalam senarai pantauan FBI

MEMERANJATKAN. Demikian yang Sinar Islam Plus dapat simpulkan apabila membaca laporan bahawa terdapat lebih 98 peratus nama Muslim tersenarai dalam pemantauan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Ia banyak dilaporkan oleh media antarabangsa secara meluas sejak Selasa.

Memetik artikel yang disiarkan agensi berita terkemuka, Anadolu Agency, perkara itu didedahkan oleh satu kumpulan Islam di Amerika Syarikat (AS).

Baca juga 90 peratus platform media sosial mengandungi unsur islamofobia

Menerusi laporan bertajuk ‘Twenty Years Too Many, A Call to Stop the Secret Watchlist FBI’, kandungannya memperincikan tentang penggunaan FBI terhadap Pangkalan Data Saringan Keganasan yang dikatakan menyasarkan umat Islam.

Laporan berkenaan ditemukan penggodam Switzerland yang menjumpainya dalam talian apabila ia disiarkan tanpa sengaja oleh syarikat penerbangan serantau, Council on American-Islamic Relations (CAIR) pada Isnin lalu.

Baca juga Umat Islam kurang diwakili dalam televisyen walaupun membentuk satu perempat populasi dunia

CAIR menjalankan analisis komprehensif terhadap lebih 1.5 juta entri nama.

Muslim pantauan FBI

SELAIN nama Muslim dalam pantauan FBI, umat Islam sering menjadi sasaran Islamofobia. -Gambar hiasan/ Foto: Reuters

“Lebih 350,000 penyertaan termasuk beberapa transliterasi Mohamed atau Ali atau Mahmoud dan 50 nama yang paling kerap muncul adalah semuanya nama-nama Muslim.

Menerusi entri senarai pantauan yang kami semak, kami menganggarkan lebih 1.47 juta daripada entri tersebut menganggap Muslim – lebih 98 peratus daripada jumlah keseluruhan,” kata laporan itu sebagaimana dipetik menerusi portal aa.com.tr.

Dalam laporan sama, ia turut menyebut, senarai rahsia FBI telah menimbulkan kesukaran dan ketakutan kepada masyarakat Islam selama 20 tahun ini.

Baca juga Gara-gara Islamofobia, ramai profesional Muslim di Perancis cari kerja di luar negara

“Bagaimanapun, sejuta sasaran FBI seterusnya bukanlah orang Islam. Dengan Perang Melawan Keganasan semakin berakhir, senarai rahsia FBI suatu hari nanti pasti akan mencari sasaran baharu.

“Sasaran seterusnya ialah rakan senegara kita dan laporan ini dimaksudkan sebagai amaran kepada mereka,” kata laporan berkenaan.

Dalam pada itu, kumpulan Muslim di AS itu turut menggesa Presiden Joe Biden mengambil tindakan bagi menangani senarai pantauan berkenaan.

Ini kerana nama individu yang tersenarai tersebut bakal berhadapan dengan pelbagai rintangan.

Muslim pantauan FBI

SEGERA hentikan Islamofobia yang merupakan antara satu bentuk serangan pemikiran oleh Barat untuk memberikan imej buruk terhadap Islam. -Foto: 123rf

Selain berhadapan siasatan FBI, mereka juga boleh menghadapi isu sekatan perjalanan, imigresen, keganasan polis, kesukaran mendapat permit dan lesen, kesan profesional dan akses terhad untuk ke bangunan kerajaan.

Baca juga Ketahui sejarah Islamofobia dan serangan halus untuk burukkan Islam

Ia sebagaimana yang berlaku dalam insiden baru-baru ini apabila Datuk Bandar Mohamaed Khairullah dari Prospect Park, New Jersey tidak diundang oleh Perkhidmatan Rusia untuk menghadiri sambutan Aidilfitri di Rumah Putih.

Alasannya adalah kerana nama beliau termasuk dalam senarai pantauan FBI!

***Foto: Anadolu Agency

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.