Browsing Tag

kota purba

Kota Jericho
Antarabangsa,

Kota purba Jericho Palestin disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

KOTA Purba Jericho (Tell es-Sultan) telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui sebuah jawatankuasa khas.

Lapor Al Jazeera, keputusan yang telah dikritik oleh Israel itu dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia PBB di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad di bawah naungan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB, UNESCO.

“Tell es-Sultan, merupakan sebuah bukit yang mana telah wujud perkampungan pertama manusia, sejak zaman Gangsa 2,600 Sebelum Masihi (SM).

Baca Juga Hima Tapak Warisan Dunia Keenam Arab Saudi Diiktiraf UNESCO

“Ia hanya sekitar 2 kilometer dari bandar pertama Yerikho, yang mengandungi sejarah penting kepada bangsa Yahudi, termasuk sinagog abad pertama SM.

“Penempatan kekal telah muncul di sini pada abad ke-9 hingga ke-8 SM kerana tanah oasis yang subur dan mudah mendapatkan air,” kata UNESCO dalam laman webnya.

Jericho: Kota paling tua di dunia

PELANCONG melawat tapak prasejarah Tell es-Sultan, berhampiran bandar Palestin Jericho [Hazem Bader/AFP]. 

Menelusuri kembali sejarah Jericho seperti dikongsi thepatriots.asia di laman sesawangnya, kota yang terletak di Tebing Barat Palestin ini merupakan sebuah penempatan paling tua di dunia.

Lokasinya yang dikelilingi oleh mata air menjadi tarikan manusia selama beribu-ribu tahun. Malah, ahli arkeologi telah menemui 20 lapisan yang merekodkan sejarah penempatan sehingga sejauh 10,000 tahun.

Kisah kota Jericho ini kemudian menarik minat ahli arkeologi sejak penemuan pertama pada tahun 1868.

Baca Juga Selain Madain Saleh, ini 5 lagi lokasi kota pernah dilaknat ALLAH SWT

Turut Disyorkan Stadium bergema, bacaan al-Fatihah penyokong Maghribi untuk mangsa gempa bumi

Aktiviti ekskavasi yang ditaja oleh Palestine Exploration Fund membuahkan hasil apabila seorang ahli arkeologi bernama Charly Warren menemuinya di kawasan bernama Tell es-Sultan.

Beliau percaya apa yang ditemui ialah lokasi kota Jericho sebenar. Tempat tersebut terletak berhampiran air mata berna Elisha’s Spring, sesuai dengan penerangan dalam kitab Bible.

Kempen ekskavasi tersebut telah menemui dinding dalam pengesahan milik sebenar kota Jericho serta memahami kisah pertempuran antara kaum Israel yang diketuai oleh Joshua dengan tentera Jericho.

 AHLI arkeologi telah menemui 20 lapisan yang merekodkan sejarah penempatan sehingga sejauh 10,000 tahun! 

Selain itu, terdapat juga ‘tinggalan’ yang mengesahkan tinggalan bangunan dalam lokasi ekskavasi ialah kota Jericho. Bukti itu adalah kesan serangan dan terbakar pada tinggalan tersebut, berlaku sekitar 1,550 SM dan 1,400 SM.

Pada tahun 1950-an, projek ekskavasi yang diketuai oleh Kathleen Kenyon telah menemui 17 buah dinding pada Zaman Gangsa.

Dinding tersebut menunjukkan kerosakan oleh gempa bumi dan sebahagian cela tersebut adalah akibat serangan orang nomad.

Baca Juga Elak kekeliruan, Al Ula bukan tempat dilaknat Nabi tetapi kota Saleh atau Mada’in Saleh

Kenyon turut menemui menara batu setinggi 8.5 meter yang dibina pada 8,000 SM, menjadikan ia adalah binaan batu tertua.

Kini, kota berusia 10,000 tahun menjadi tumpuan pelancong dengan pemandangan memukau apabila berada di 21 meter tinggi dari paras laut.