Browsing Tag

Keistimewaan wanita

Keistimewaan wanita
Gaya Hidup,

Keistimewaan wanita dalam Islam yang ramai tidak perasan

Keistimewaan wanita dalam Islam yang ramai tidak perasan

GOLONGAN wanita begitu istimewa. Barangkali ramai yang tidak menyedarinya.

Masakan tidak, kaum Hawa sering dianggap lemah. Stigma itu masih sukar untuk dikikis kerana sekian lama telah bersarang dalam pemikiran masyarakat.

Hakikatnya, Islam begitu memuliakan wanita sejak kedatangan agama suci itu di muka bumi ini. Malah, setiap Muslim dituntut supaya melindungi kelompok berkenaan.

Baca juga Lima jenis wanita yang disebut dalam al-Quran, jauhi nombor 3, 4 dan 5

Perunding motivasi, Zaim Zin menerusi laman sosial Facebook miliknya berkongsikan keistimewaan wanita dalam Islam.

ZAIM -Foto: Facebook Zaim Zin

Begitu luar biasanya mereka apabila setiap fasa usia dan kehidupan yang dilalui pasti akan memberi suatu manfaat kepada insan di sekelilingnya.

Apa yang pasti, ia bukan satu kisah dongeng! Ini kerana semua fakta dinyatakan adalah bersumberkan hadis sahih.

Berikut kelebihan kaum Hawa yang dikongsikan oleh beliau.

1. Ketika kecil, anak perempuan menjadi penghalang neraka kepada orang tuanya.

Aisyah RA meriwayatkan: “Suatu hari, seorang ibu dan dua anak perempuannya bertemu denganku untuk meminta sesuatu, tetapi aku tidak mempunyai makanan selain daripada sebiji kurma. Aku pun memberikan sebiji kurma kepada ibu. Kemudian dia membahagikan dua kurma itu dan diberikan kepada anak-anaknya, sedangkan dia tidak memakannya. Kemudian dia keluar dan pergi. Setelah itu, datanglah Rasulullah SAW dan aku menceritakan kejadian itu kepadanya.” 

Kemudian Baginda SAW bersabda: “Barang siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuannya, maka anak itu akan menjadi perisai baginya di neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan yang lainnya)

Keistimewaan wanita

ANAK perempuan menjadi penghalang neraka kepada ibu bapanya. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

Baca juga Kenali jenis wanita yang layak masuk syurga kerana istiqamah dengan amalan ringan ini

2. Apabila menjadi isteri, dia menjadi separuh kesempurnaan agama kepada seorang suami.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya…” (Hadis Riwayat al-Baihaqi dan at-Tabarani)

3. Tatkala menjadi ibu, syurga berada di bawah tapak kaki mereka.

Bahawasanya Jahimah pernah datang menemui Nabi Muhammad SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah SAW, aku ingin pergi jihad, dan sungguh aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu.” Baginda bertanya: “Apakah engkau masih mempunyai ibu?” Dia menjawab: “Ya, masih.” Baginda bersabda: “Hendaklah engkau tetap berbakti kepadanya, maka sesungguhnya syurga itu di bawah kedua kakinya.” (Hadis Riwayat al-Nasa’i)

Keistimewaan wanita

ISTIMEWANYA wanita yang bergelar ibu apabila dalam hadis ada menceritakan bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

Baca juga Syurga di bawah telapak kaki ibu… Berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan

Melihat kepada keistimewaan tersebut, ujar Zaim, benarlah wanita perlu disayangi dan dijaga sebaiknya.

“Semoga saya dan semua lelaki Muslim diizinkan terus mampu memelihara dan menjaga wanita-wanita yang ada dalam hidup kami.

“Moga wanita di luar sana terus tabah dan kuat, menghargai dan menjaga diri mereka,” titipnya.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

***Foto: Freepik