Browsing Tag

ALLAH tidak jadikan sia-sia

ALLAH haramkan
Hukum,

Ada sebab mengapa ALLAH haramkan sesuatu perkara

Ada sebab mengapa ALLAH haramkan sesuatu perkara

“KENAPA sesuatu perkara itu dibuat jika ALLAH haramkan?”

“Hendak buat itu salah, ini salah, itu dosa, ini dosa, sana haram, situ haram. Semuanya tak boleh. Kenapa?”

Adakalanya persoalan itu menerjah kotak fikiran. Maklum sahajalah, kita hanyalah insan biasa yang tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan.

Ada ketikanya hati juga memberontak tidak dapat melakukan sesuatu yang disukai lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perkara yang dilarang ataupun ALLAH haramkan.

Ketahuilah bahawa tiada yang sia-sia dalam setiap penciptaan ALLAH SWT. Semua itu pasti ada sebab-musababnya tersendiri.

Baca juga Jika hidup sekadar untuk makan dan minum, apa bezanya manusia dan haiwan. Ketahui dua tujuan utama manusia diciptakan

Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook milik pendakwah Ustaz Adnin Roslan, beliau berkongsikan penyebab Yang MAHA ESA mengharamkan sesuatu perkara.

USTAZ ADNIN

Jelas beliau, terdapat lima sebab mengapa Sang Pencipta berbuat demikian.

Berikut perinciannya:

1. ALLAH haramkan sesuatu perkara kerana DIA hendak memelihara agama kita.

2. Untuk memelihara nyawa kita.

3. Bagi melindungi harta kita.

4. Bertujuan bagi menjaga keturunan dan maruah kita.

5. Memelihara akal kita.

Melihat kepada penyebab itu, Ustaz Adnin yang juga Pengasas Tarbiah sentap itu menegaskan, ALLAH SWT tidak sesekali mengharamkan suatu perkara kerana mahu mengongkong manusia.

Baca juga Ibu ayah amalkan doa ini agar anak terhindar daripada perkara sia-sia

“Sebaliknya, DIA hendak memelihara, menyelamatkan kita dan memberi kita bahagia.

“Malangnya, masih ada lagi orang yang ingin buat perkara yang ALLAH haramkan,” ungkapnya.

Perbuatan itu, katanya, akhirnya ia akan menjadikan dunia kucar-kacir dan porak-peranda serta memakan diri sendiri.

“Diri kita sendiri juga yang akan susah. Sedangkan, ALLAH tidak susah pun.

ALLAH haramkan

HINDARI diri daripada melakukan perkara yang ALLAH haramkan kerana ia akan membinasakan diri. -Foto: Canva

“Andai satu dunia bermaksiat pada ALLAH SWT pun, kekuasaan-NYA tetap tidak berkurangan walau sedikit pun,” ujarnya.

Baca juga Tiga waktu malaikat ada bersama manusia

Lantaran itu, pendakwah itu mengingatkan kita agar berfikir sebaiknya ketika ingin berbuat dosa mahupun melanggar hukum ALLAH SWT.

“Muhasabahlah, jangan kerana hendak mengejar kenikmatan dunia yang sementara, kita sanggup gadaikan nikmat akhirat yang kekal abadi?,” soalnya.

Dalam pada itu, Ustaz Adnin turut berkongsikan petikan ayat 14, Surah an-Nisa’ yang boleh menjadi pedoman buat kita bersama agar takut dan gerun untuk bermaksiat kepada ALLAH SWT.

Ayat itu berbunyi: “Dan sesiapa yang derhaka kepada ALLAH dan Rasul-NYA, dan melampaui batas-batas syariat-NYA, akan dimasukkan oleh ALLAH ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.”

Sebelum mengakhiri perkongsian ilmunya, beliau berharap agar ALLAH SWT menguatkan setiap insan agar tidak melakukan perkara yang dilarang dan diharamkan oleh-NYA.

“Moga ALLAH kurniakan kita kekuatan untuk istiqamah dengan ketaatan kepada-NYA,” titipnya.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.